[NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan

[NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan
link : [NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan

Baca juga


[NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan


ISLAMABAD, 4 Zulkaedah 1438H, Jumaat – Perdana Menteri Pakistan, Nawaz Sharif, hari ini meletak jawatan selepas Mahkamah Agung menggugurkan kelayakannya daripada mengetuai kerajaan negara itu, berikutan dakwaan rasuah berikutan pendedahan ‘Panama Papers’.
Keputusan penting yang dibuat mahkamah hari ini, susulan beberapa bulan perbicaraan dalam kes yang muncul berikutan kebocoran ‘Panama Papers’, yang mengaitkannya dengan dakwaan rasuah selama dua penggal menduduki kerusi Perdana Menteri.
Lima hakim Mahkamah Agung mengumumkan keputusan itu di dalam kamar perbicaraan yang penuh sesak di Islamabad.
Nawaz Sharif menafikan dia berbohong mengenai asetnya ketika siasatan rasuah dilakukan.
Keputusan itu sekali gus bermakna parti yang beliau kuasai – Pakistan Muslim League-Nawaz (PML-N) yang menguasai majoriti di Parlimen – perlu memilih calon baru untuk mengetuai kerajaan negara itu.
Kerajaan bagaimanapun, boleh mengadakan pilihan raya, walaupun tempoh yang ada sekarang dijangka berakhir Ogos tahun depan.
Berdasarkan kenyataan dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, Nawaz Sharif meletak jawatan sejurus Mahkamah Agung membuat keputusan terhadap kesnya.
“Sejurus Mahkamah Agung membuat keputusan, Muhammad Nawaz Sharif meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Semua pilihan undang-undang dan Perlembagaan akan dilaksanakan berikutan perbezaan pendapat kami dengan keputusan itu,” kata kenyataan berkenaan.
Mahkamah juga melucutkan kelayakan Menteri Kewangan yang juga bekas akauntannya, Ishaq Dar.
Ishaq menyerahkan dokumen kepada Mahkamah Agung mengenai bagaimana keluarga Nawaz Sharif memperoleh kekayaannya.
Nawaz Sharif yang berusia 67 tahun menjadi Perdana Menteri Pakistan terbaharu yang tidak dapat menghabiskan tempoh jawatan lima tahun. Kebanyakan Perdana Menteri yang lain digulingkan oleh tentera.
Hakim Mahkamah Agung juga memerintahkan Nawaz Sharif bersama tiga anaknya dirujuk kepada satu lagi mahkamah bagi mendengar pertuduhan kes rasuah terhadap mereka.
Kawalan keselamatan di luar Mahkamah Agung hari ini diperketatkan dengan kehadiran polis pencegah rusuhan dan anggota separa tentera.
Pada 2016, sebuah konsortium wartawan penyiasatan mendedahkan 11.5 juta dokumen dari firma perundangan – Mossack Fonsec – berpangkalan di Panama yang digelar ‘Panama Papers’,
Daripada beberapa dokumen yang didedahkan itu menunjukkan tiga anak Nawaz Sharif – Hussain, Hasan dan Maryam – memiliki sekurang-kurangnya tiga syarikat luar pesisir didaftarkan di British Virgin Islands.
Dokumen itu juga menunjukkan syarikat berkenaan terbabit dalam rundingan berjumlah AS$25 juta.
Salah satu dokumen itu juga menunjukkan syarikat berkenaan terbabit dalam gadai janji hartanah di London sebagai cagaran bernilai AS$13.2 juta, kali pertama bukti atas kertas menunjukkan keluarga Nawaz Sharif memiliki bangunan pangsapuri.
Pada November, berbulan-bulan selepas berlaku pergolakan politik, Mahkamah Agung mula mendengar kes bagi menentukan sama ada keluarga Nawaz Sharif terbabit dalam sebarang salah laku dalam memperoleh aset, atau sama ada Perdana Menteri bertanggungjawab kerana tidak mengisytiharkan kekayaannya lebih awal.
Nawaz Sharif menafikan sebarang salah laku dan berkata, aset itu diperoleh secara sah oleh anak-anaknya dan bukan di atas nama beliau, dan dengan itu beliau tidak perlu mengisytiharkannya.
Mahkamah bagaimanapun memerintahkan keluarga Nawaz Sharif menyatakan dengan jelas bagaimana mereka memperoleh hartanah dan aset itu.
Menurut Nawaz Sharif, wang itu diperoleh daripada jualan kilang keluli di Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan kemudian dilaburkan lagi oleh anggota keluarga diraja Qatar, Sheikh Hamad bin Jassim bin Jaber al Thani.
Tidak puas hati dengan penjelasan itu, mahkamah mewujudkan sebuah pasukan peringkat tinggi bagi menyiasat Nawaz Sharif.
Pasukan penyiasat itu mendapati Nawaz Sharif menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Capital FZE, sebuah syarikat berpangkalan di UAE, tanpa mengisytiharkan kedudukannya itu.
Mahkamah membuat keputusan menyingkir Nawaz Sharif berdasarkan beliau tidak mendedahkan kepentingannya dan kedudukannya dalam syarikat itu kepada Parlimen. – Agensi


Demikianlah Artikel [NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan

Sekianlah artikel [NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/07/negara-orang-rasuah-perdana-menteri.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[NEGARA ORANG] Rasuah: Perdana Menteri Pakistan letak jawatan"

Posting Komentar