Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH

Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH
link : Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH

Baca juga


Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH

Penyokong Pas berkumpul di Wisma Tok Guru bagi memasang bendera mereka malam ini.
Kekecohan berlaku di pejabat Amanah yang juga pejabat Adun Salor malam ini apabila Pemuda Pas cuba memasang bendera mereka di Wisma Tok Guru itu.

Usaha memasang bendera itu dikatakan sedang dibuat oleh Jabatan Amal Kelantan dengan dokongan ahli dan penyokong Pas.

Menurut Hazmin Hassan, Ketua Pemuda Amanah Kelantan, Pas membuat provokasi dengan memasang bendera Pas di bangunan Wisma Tok Guru itu.

“Kami akan membiarkan bendera Pas yang dipasang di luar bangunan ini di situ. Kita tidak akan buang,” katanya dalam ucapan kepada penyokong Pakatan Harapan (PH) yang turut berkumpul malam ini.

Wisma Tok Guru menjadi pertikaian apabila Setiausaha Kerja Pas Kelantan dikatakan membeli bangunan yang dijadikan bangunan pejabat Amanah itu dari isteri Allahyarham Datuk Rosli Ibrahim, pemilik bangunan itu.

Sedangkan menurut Adun Salor yang juga Naib Presiden Amanah, Datuk Husam Musa, ketika hayatnya Rosli telah menyerahkan tapak bangunan itu untuk digunakan oleh beliau sampai bila-bila.

Ia telah dibuat melalui satu surat bertulis kepada Husam. Dalam majlis perasmian nama bangunan itu, Rosli juga mengesahkan tanah itu diserahkan kepada Husam untuk digunakan.

Program Jom Pasang Bendera di bangunan PAS Salor itu dikatakan dianjurkan oleh Pemuda Pas Kelantan.

Ia turut disertai oleh Ketua Pemuda Pas, Mohamad Khalil Abdul Hadi dan Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari.

Ia telah menimbulkan kekecohan apabila Pemuda Amanah dengan bantuan Pemuda PH Kelantan bertindak menghalangnya.

Namun semua berakhir dengan aman apabila tidak ada sebarang insiden buruk berlaku. - malaysiadateline






Demikianlah Artikel Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH

Sekianlah artikel Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/10/kecoh-apabila-pas-cuba-pasang-bendera.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kecoh apabila Pas cuba pasang bendera di Pejabat AMANAH"

Posting Komentar