Judul : PAS: Sepatutnya 1JUTA hadir Himpunan Padang Timur
link : PAS: Sepatutnya 1JUTA hadir Himpunan Padang Timur
PAS: Sepatutnya 1JUTA hadir Himpunan Padang Timur
SHAH ALAM: Perhimpunan anjuran Pakatan Harapan di Padang Timur, Petaling Jaya malam tadi, sepatutnya dihadiri 1 juta rakyat kerana dibuat dalam negeri yang menjadi pusat kepada pakatan itu.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, secara sinis, berkata ini kerana perhimpunan itu bukan setakat membabitkan komponen parti dalam Pakatan Harapan, malah ia juga dibuat pada lokasi yang mudah diakses.
"Sepatutnya, bagi saya, (apabila) ia diadakan di negeri yang jadi pusat kepada Pakatan Harapan, satu tempat yang ada akses begitu mudah, sama ada jalan raya dan maklumat...saya tidak tahu kenapa ia tidak dicapai.
"Kita (PAS) buat Fastaqim (Himpunan Fastaqim 2.0) di satu lokasi yang orang kata tempat jin bertendang. Tempat yang jauh dari Kuala Lumpur dengan akses jalan raya yang kecil, di ceruk, sangat tidak strategik tetapi Alhamdulillah kita tidak perlu bayar ahli PAS, kita umumkan saja, yang menggerakkan adalah media sosial dan ahli sendiri.
"Itu adalah sambutan rakyat kepada PAS dan Pakatan Harapan. Kalau PAS hanya satu (bersendirian) dapat sambutan 200, 000 orang, semalam sepatutnya 1 juta, paling tidak 500,000 orang. Itulah gambaran awal sokongan rakyat," katanya pada sidang media selepas Majlis Minum Petang Jabatan Pilihan Raya PAS Selangor di sini, hari ini.
Himpunan berjaya, tidak gagal: Salahuddin
Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub membidas kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, sebagai gagal.
Salahuddin berkata, perhimpunan itu berjaya mengumpulkan masyarakat berbilang bangsa, kaum dan agama.
“Siapa kata program ini gagal. Ramai yang datang jika dibandingkan dengan perhimpunan lain. Kami tidak berarak dan tiada masalah timbul (sepanjang perhimpunan).
“Kita juga berjaya himpunkan semua kaum, agama. Tidak seperti sesetengah perhimpunan yang hanya menghimpunkan satu kaum dan pengikut mereka sahaja,” katanya.
Beliau berkata, himpunan itu juga berjaya menghimpunkan ramai golongan muda yang menyokong perjuangan Pakatan Harapan.
“Cuma, himpunan semalam (kelmarin) tidak mencapai matlamat (kumpulkan 100,000 orang). Mungkin kerana tarikh perhimpunan jatuh pada musim cuti persekolahan dan perayaan Deepavali. Jadi ramai yang bercuti panjang,” katanya.
Pada masa sama, Salahuddin membidas kenyataan mengatakan mereka hipokrit apabila berjanji kepada rakyat.
Sebaliknya semua janji itu adalah sebahagian daripada manisfesto pilihan raya.
“Kami tidak pernah kata nak buang separuh penjawat awam. Apa yang Pakatan Harapan hendak lakukan, adalah mengoptimumkan peranan penjawat awam dan menghapuskan pertindihan tanggungjawab.
“Contohnya, apa perlu SPAD bila sudah ada JPJ. Kenapa perlu tubuh Teraju sedangkan sudah ada Mara.
"Apa perlunya 1MDB bila ada Khazanah. Ini yang kita hendak lakukan (kurangkan birokrasi dalam kerajaan),” katanya.
Demikianlah Artikel PAS: Sepatutnya 1JUTA hadir Himpunan Padang Timur
Sekianlah artikel PAS: Sepatutnya 1JUTA hadir Himpunan Padang Timur kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PAS: Sepatutnya 1JUTA hadir Himpunan Padang Timur dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/10/pas-sepatutnya-1juta-hadir-himpunan.html
0 Response to "PAS: Sepatutnya 1JUTA hadir Himpunan Padang Timur"
Posting Komentar