Judul : DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH
link : DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH
DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK
3 Julai 2018 | 19 Syawal 1439
DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH
1. Kuasa politik DAP yang sentiasa mahu pihak lain tunduk serta mengikut telunjuk parti itu semakin ketara pasca PRU14. Sikap berkeras DAP menuntut jawatan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak hingga memaksa Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail menarik diri mengesahkan cengkaman itu.
2. Biarpun bernama Parti Tindakan Demokratik, sebaliknya wajah sebenar DAP adalah sering bertindak secara tidak demokratik. Jika selama ini mereka membayangi di belakang pihak-pihak tertentu yang diperalat atau dibonekakan, namun dengan kedudukan politik dimiliki, DAP menjadi semakin angkuh.
3. DAP telah menggenggam erat PAN, kemudian mengikat PPBM dengan menundukkan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah saling berseteru, sekarang cuba memaksa PKR. Tidak cukup dengan 'menguasai' lima kerusi Exco Kerajaan Perak, mereka juga menghambur ketidakpuasan hati terhadap jumlah jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.
4. Kerakusan DAP itu semakin ketara bila tetap membolot jawatan Yang Dipertua Dun Perak dan ianya layak dibaca sebagai usaha penguasaan DAP ke atas PH itu sendiri. Rakyat harus memerhati dan menilai perkembangan-perkembangan ini secara kritikal serta mengenali DAP dengan sebenar-sebenarnya.
5. PKR dan PPBM serta seluruh ahli politik khususnya diingat agar mempunyai pendirian jelas dan tegas serta pertimbangan utuh terhadap kepentingan rakyat dan negara. Jangan kerana kepentingan politik, robekan dan gugatan yang dilakukan secara halus mahupun terang-terangan ini dibiarkan secara lewa.
"Sejahtera Bersama Islam"
"Mara Menuju Cita"
"Sedia Memerintah"
YB MOHD AKMAL HJ KAMARUDDIN
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak
Demikianlah Artikel DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH
Sekianlah artikel DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/dap-melangkah-menguasai-ph.html
0 Response to "DAP 'MELANGKAH' MENGUASAI PH"
Posting Komentar