Judul : Malaysia Baru, Media Bebas, MIMPI LAH!! HAH TEPUK
link : Malaysia Baru, Media Bebas, MIMPI LAH!! HAH TEPUK
Malaysia Baru, Media Bebas, MIMPI LAH!! HAH TEPUK
Tahukah anda mengapa kebanyakan media berbahasa Inggeris dan pro-Barat tidak melaporkan berita dari kami dan versi dari kami tentang isu-isu semasa?
Kami menerima maklumat sahih dari mereka yang bekerja di dalam syarikat-syarikat media itu bahawa ada tangan-tangan ghaib dan juga orang yang berkepentingan tidak mahukan versi cerita kami dilaporkan.
Maka sekarang anda tidak akan merasa pelik kenapa 20 orang buat laporan polis jadi berita tetapi laporan seluruh negara mewakili lebih 1,000 NGO Islam tiada laporan.
Takutnya mereka kepada kebenaran sehingga tak berani laporkan berita dari kami.
1. Kalau mereka mengatakan tidak tahu pasal versi cerita kami, persoalannya apakah begitu teruk penyiasatan mereka yang langsung tidak terbaca berita dan artikel kami yang viral?
2. Kalau mereka tidak nampak, maka ada kecacatan yang besar di syarikat media itu yang perlu memecat wartawannya yang gagal menjalankan tugas melaporkan berita dengan adil dan seimbang.
3. Ramai pembaca portal berita itu membiarkan diri mereka diperbodohkan dengan hanya membaca berita berat sebelah dari portal itu sedangkan mereka sebelum ini tuduh media lain berat sebelah dan menuduh siapa yang baca dari media itu sebagai orang yang bodoh. Apa beza mereka sekarang dengan orang yang mereka tuduh sebagai bodoh kerana membaca berita yang berat sebelah?
4. Ada yang memboikot melaporkan berita dari kami kerana kami pernah mendedahkan pekung mereka yang sengaja ‘spin’ jawapan saya kepada mereka. Yang saya sebut lain tetapi yang mereka laporkan lain. Mereka marah kepada saya dulu kerana screenshot temubual antara saya dengan wartawan itu dan tuduh saya tidak beretika tetapi apakah ianya beretika untuk ‘spin’ jawapan orang lain?
Tak mengapa, anda ada media, wang dan mungkin sedikit wang tetapi kami ada kebenaran yang tidak mampu ditutup dengan kebatilan dari kalian. Jangan ingat semua yang bekerja di syarikat media anda itu di pihak anda tetapi ramai di kalangan mereka pemberi maklumat kami. Mereka mahu menegakkan kebenaran tetapi kalian mahukan kebenaran disembunyikan.
Bak kata pepatah Cina;
“Kertas tidak mampu membalut api.”
Akan tiba harinya kita semua akan dihakimi oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.
Bersedialah untuk hari itu.
Demikianlah Artikel Malaysia Baru, Media Bebas, MIMPI LAH!! HAH TEPUK
Sekianlah artikel Malaysia Baru, Media Bebas, MIMPI LAH!! HAH TEPUK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Malaysia Baru, Media Bebas, MIMPI LAH!! HAH TEPUK dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/malaysia-baru-media-bebas-mimpi-lah-hah.html
0 Response to "Malaysia Baru, Media Bebas, MIMPI LAH!! HAH TEPUK"
Posting Komentar