Judul : (RASISNYA CINA) Pemuda tidak layak sewa bilik kerana ‘bukan’ Cina
link : (RASISNYA CINA) Pemuda tidak layak sewa bilik kerana ‘bukan’ Cina
(RASISNYA CINA) Pemuda tidak layak sewa bilik kerana ‘bukan’ Cina
GEORGE TOWN: Divyang Hong fasih berbahasa Mandarin, jadi apabila dia membaca iklan menawarkan bilik sewa kepada “lelaki Cina”, dia yakin dia layak.
Tetapi, apa yang lelaki berusia 25 tahun itu alami dalam usahanya mendapatkan bilik untuk disewa itu membuatkannya merasa sungguh pelik.
Dia menghubungi kira-kira 10 pemilik rumah di Bukit Mertajam yang sedia menyewakan bilik kepada “lelaki Cina”.
Malang bagi Hong kerana setiap pemilik rumah tersebut enggan menerimanya, sebaik sahaja dia memberitahu mereka, dia bukan Cina tulen.
Cuma 2 orang benarkan saya cakap sampai habis sebelum membenarkan saya menjelaskan tantang bangsa saya. Yang 7 atau 8 lagi enggan melayan dan tamatkan perbualan dengan cepat,” Hong beritahu FMT mengenai pengalaman pahit mendapatkan bilik sewa.
Dia datang ke Pulau Pinang dari Sungai Petani, Kedah, untuk memulakan kerja sebagai jurulatih pengaturcaraan.
Hong biasanya dirujuk sebagai “Chindian”, berdasarkan perbezaan bangsa ibu dan bapanya.
Katanya, dia menghubungi pemilik tersebut kerana tiada pilihan memandangkan hampir semua meletakkan syarat bangsa kepada mereka yang hendak menyewa bilik.
“Saya bukanlah seorang Cina yang nampak seperti Chindian, tetapi berdasarkan ayah dan datuk saya yang berbangsa Cina, saya fikirkan saya layak.”
Katanya, dia seorang profesional dan berbangsa Cina seperti syarat yang dikehendaki semua pemilik berkenaan, sebab itu dia rasa pelik apabila permohonannya ditolak.
Katanya, setiap kali dia bercakap dalam bahasa Mandarin, pemilik bersetuju menerimanya dan memutuskan kadar sewa.
“Selepas semua urusan itu berakhir, saya bersikap jujur dengan memberitahu mereka saya sebenarnya bangsa campuran, bukan Cina tulen.
“Mereka akan kata, kami tidak sewa bilik kepada bangsa campuran. Kami sewakan kepada Cina sahaja,” katanya.
Hong bekerja sebagai jurutera selama setahun, tetapi memutuskan untuk membuat kerja sambilan.
Dia kini tinggal dengan rakan keluarga.
Datuk Hong berasal dari China.
Hong juga fasih berbahasa Tamil. Katanya, sebelah keluarga Cinanya juga bercakap Tamil, kerana bergaul dengan kaum India di estet Sungai Batu, tidak jauh dari Sungai Petani.
Katanya, nama pertamanya, Divyang, dari bahasa Sanskrit, yang bermakna badan ketuhanan. - FMT #CelahGelegar
Demikianlah Artikel (RASISNYA CINA) Pemuda tidak layak sewa bilik kerana ‘bukan’ Cina
Sekianlah artikel (RASISNYA CINA) Pemuda tidak layak sewa bilik kerana ‘bukan’ Cina kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (RASISNYA CINA) Pemuda tidak layak sewa bilik kerana ‘bukan’ Cina dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/01/rasisnya-cina-pemuda-tidak-layak-sewa.html
0 Response to "(RASISNYA CINA) Pemuda tidak layak sewa bilik kerana ‘bukan’ Cina"
Posting Komentar