[176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh)

[176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh) - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh), kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh)
link : [176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh)

Baca juga


[176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh)


Sarawak adalah satu-satunya negeri di Malaysia yang mengambil pekerja dari Korea Utara, dan mereka ditugaskan di tujuh buah syarikat, kebanyakannya di lombong arang batu Selantik di bahagian Sri Aman.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata bagi kementerian itu, pekerja terbabit dikategorikan sebagai pekerja bukan pemastautin, yang ditadbirkan mengikut Ordinan Buruh Sarawak.
Beliau berkata Sarawak mempunyai 'jawatankuasa penempatan' yang bertanggungjawab atas urusan berkaitan pekerja bukan pemastautin, dengan diketuai oleh Setiausaha Kerajaan negeri, manakala Pengarah Jabatan Tenaga Rakyat Sarawak, hanya berada dalam jawatankuasa itu sebagai seorang daripada anggotanya.
"Sepanjang pengetahuan saya, perkara berkaitan pekerja bukan pemastautin ini kami serahkan kepada jawatankuasa berkenaan, ia tidak ada kena mengena dengan Kementerian Sumber Manusia," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di Kuching, hari ini.
Sementara itu, Abang Johari mengulangi bahawa beliau masih menunggu arahan daripada kerajaan persekutuan dalam mengendalikan 176 warga Korea Utara yang masih berada di Sarawak.
Beliau berkata hubungan dua hala yang tegang antara Malaysia dan Korea Utara hanya tercetus baru-baru ini, dan persoalan yang timbul sekarang adalah sama ada pekerja terbabit akan dihantar pulang atau sebaliknya.
Katanya sejumlah 140 warga Korea Utara ditahan oleh Jabatan Imigresen disebabkan permit kerja mereka telah pun tamat tempoh.
"Kebanyakan mereka adalah pekerja pembinaan yang bekerja di Lawas serta Miri dan sudah tentulah mereka mesti dihantar pulang.
"Sejumlah 36 orang lagi yang bekerja di lombong arang batu di Selantik di bahagian Sri Aman, masih mempunyai permit kerja yang sah. Mereka ketika ini bekerja di tapak kerja berdasarkan senarai yang kami ada," katanya.
Abang Johari berkata berikutan keadaan semasa, kerajaan negeri perlu mendapatkan penjelasan daripada kerajaan persekutuan terlebih dahulu.
Ditanya sebab hanya Sarawak yang mengambil pekerja dari Korea Utara, beliau berkata pengambil pekerja itu dibuat berdasarkan kemahiran mereka, misalnya bekerja di lombong arang batu.
"Perlu diingat juga bahawa semasa mereka dibawa masuk ke negara ini, Malaysia dan Korea Utara mempunyai hubungan diplomatik yang baik," katanya.
- Bernama


Demikianlah Artikel [176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh)

Sekianlah artikel [176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh) kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh) dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/03/176-orang-hanya-sarawak-ada-pekerja.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "[176 ORANG] Hanya Sarawak ada pekerja Korea Utara, kata menteri (140 Orang Permit kerja tamat Tempoh)"

Posting Komentar