Judul : KKM nasihatkan pengguna elak beli lapan kosmetik beracun
link : KKM nasihatkan pengguna elak beli lapan kosmetik beracun
KKM nasihatkan pengguna elak beli lapan kosmetik beracun
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua produk yang mengandungi bahan-bahan itu tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.
Antara produknya seperti Moleek Day Cream, Adel Miracle Flawless Serum, Ah Beauty Night Cream yang mengandungi merkuri, Ndz UV Whitening (hydroquinone), Snow Cream Normal, Snow Cream Sensitif, Dnars Nar Cream – Sensitif dan Ellfie Night Cream (hydroquinone dan tretinoin).
Sehubungan itu, Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Ia berikutan, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.
“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya. - ismaweb
Demikianlah Artikel KKM nasihatkan pengguna elak beli lapan kosmetik beracun
Sekianlah artikel KKM nasihatkan pengguna elak beli lapan kosmetik beracun kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel KKM nasihatkan pengguna elak beli lapan kosmetik beracun dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/03/kkm-nasihatkan-pengguna-elak-beli-lapan.html
0 Response to "KKM nasihatkan pengguna elak beli lapan kosmetik beracun"
Posting Komentar