Judul : Laporan polis pemimpin kanan UMNO seleweng RM2.7 juta ditarik balik
link : Laporan polis pemimpin kanan UMNO seleweng RM2.7 juta ditarik balik
Laporan polis pemimpin kanan UMNO seleweng RM2.7 juta ditarik balik
Pengarah pemasaran syarikat menarik semula laporan polis dan kenyataan terhadap sebuah yayasan milik seorang pemimpin kanan Umno.
Pengarah pemasaran yang tidak enggan namanya didedahkan berkata, penarikan semula kenyataan dan laporan polis itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.
“Kenyataan itu kita tarik balik, artikel itu kita tarik balik. Saya buat laporan polis baharu. Tarik balik semua dan segalanya selesai,” katanya ketika dihubungi FMT.
Sebelum ini, pengarah pemasaran itu mendakwa yayasan milik seorang pemimpin kanan Umno itu melakukan penyelewengan dana RM2.7 juta yang diperoleh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Beliau mendakwa segala perselisihan faham antara pihaknya dan yayasan milik pemimpin kanan Umno terbabit dapat diselesaikan dengan cara baik.
“Dah okay,” katanya ketika menjawab soalan sama ada hubungannya dengan yayasan berkenaan sudah pulih semula.
“Kita selesai cara baik, dengan pihak yang dinyatakan dalam artikel (yayasan milik pemimpin kanan Umno),” katanya.
Beliau juga berharap agar isu syarikatnya dengan yayasan itu tidak lagi timbul.
“Kita selesaikanlah. Kita biar isu ini mati terus, jangan naikkan,” katanya.
Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno itu.
“SPRM akan meneliti laporan yang diperoleh sebelum membuka kertas siasatan terhadap dakwaan itu.
“Individu yang terlibat akan dipanggil untuk diberi keterangan sekiranya perlu bagi membantu siasatan,” katanya.
SPRM juga akan bekerjasama dengan SKMM bagi mendapatkan maklumat berhubung dakwaan tersebut. - FMT
Demikianlah Artikel Laporan polis pemimpin kanan UMNO seleweng RM2.7 juta ditarik balik
Sekianlah artikel Laporan polis pemimpin kanan UMNO seleweng RM2.7 juta ditarik balik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Laporan polis pemimpin kanan UMNO seleweng RM2.7 juta ditarik balik dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/03/laporan-polis-pemimpin-kanan-umno.html
0 Response to "Laporan polis pemimpin kanan UMNO seleweng RM2.7 juta ditarik balik"
Posting Komentar