(TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan

(TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan
link : (TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan

Baca juga


(TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan


Pada 15 Jun lalu, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan isu cukai pelancongan yang mencetuskan perbalahan antara Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz dengan Sabah dan Sarawak, telah selesai.

Menurut Zahid, isu itu telah dibawa ke mesyuarat Kabinet pada Rabu dan persetujuan telah dicapai bahawa tiada lagi kenyataan dikeluarkan berhubung perkara tersebut.
"Perdana Menteri telah mempengerusikan mesyuarat Kabinet dan kami memutuskan bahawa isu tersebut telah selesai, dan tiada lagi kenyataan boleh dikeluarkan sama ada daripada pegawai kerajaan negeri atau persekutuan.

"Saya sendiri bertemu dengan Ketua Menteri Sabah dan Sarawak pada Rabu. Isu ini telah ditutup dan mari kita buka buku baharu," kata beliau pada sidang media di sini.

Itu kata Zahid pada 15 Jun lalu, tetapi apa jadi hanya tidak sampai dua minggu setelah pengumuman selesai itu diucapkannya.

Ketua Menteri Sarawak, Abang Johari Abang Haji Openg berkata, cukai pelancongan tidak akan dilaksanakan di Sarawak pada 1 Julai ini kerana perbincangan mengenainya dengan Putrajaya masih lagi berjalan.

Kata beliau, segala-galanya belum muktamad, hanya cara kerja yang selesai, sedangkan ada isu lain yang perlu dibincangkan, antaranya ialah berkaitan tempahan awal bilik-bilik hotel.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Masidi Manjun juga senada dengan Sarawak bahawa cukai pelancongan tidak akan dikuatkuasakan di negeri itu pada 1 Julai depan ini.

Alasan beliau ialah hotel-hotel belum lagi mendaftar untuk cukai tersebut.

"Jadi, bagaimana kerajaan akan mengutip cukai itu," katanya sambil menambah, persediaan logistik lain juga masih belum selesai.

Sebelum ini, isu cukai pelancongan itu mencetuskan perbalahan antara Nazri dengan Menteri Pelancongan, Keseniaan, Kebudayaan Belia dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah yang tidak setuju dengannya.

Nazri kemudian melabel Abdul Karim sebagai menteri "setahun jagung"  dan dalam waktu yang sana meletakkan dirinya sebagai "menteri jantan".
Perbalahan juga kemudiannya merebak antara Nazri dengan dua menteri lain iaitu Fadilah Yusof dan Abdul Rahman Dahlan dan Sarawak mengumumkan pengunduran diri daripada Lembaga Pelancongan Malaysia.

Bagaimanapun, dengan dua kenyataan daripada pemimpin Sabah dan Sarawak yang mengatakan cukai pelancongan tidak akan dilaksanakan pada 1 Julai di kedua-dua negeri tersebut, bukan saja kenyataan Zahid Hamidi yang menyebut isu tersebut telah selesai sebagai tidak betul, malah pendirian yang berbeza dengan kerajaan Pusat terus dikeluarkan tanpa rasa takut.

Bahkan, ketegasan tidak melaksanakannya pada 1 Julai, bermakna Sabah dan Sarawak jelas telah menang dan menundukkan Najib, Zahid dan Nazri dalam isu cukai pelancongan ini.

Lebih ingin diketahui, di mana Nazri selepas ini, masih "jantan" lagikah beliau? (ShahbudinHusin26/06/2017)


Demikianlah Artikel (TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan

Sekianlah artikel (TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/06/tpm-kata-selesai-tapi-sabah-sarawak.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "(TPM KATA SELESAI?) Tapi Sabah Sarawak ENGGAN LAKSANA Cukai Pelancongan"

Posting Komentar