[BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee

[BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee
link : [BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee

Baca juga


[BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee


Seramai 400 orang mahasiswa menunjuk perasaan dan berarak dari Masjid Negara ke Kompleks Beli Belah Sogo di ibu negara hari ini bagi membantah usaha kerajaan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).

Faizzuddin Zai, Presiden Gamis
Jurucakap Faizzuddin Zai berkata mereka turun ke jalanan kerana Menteri Pendidikan Maszlee Malik nampak seperti tidak mempunyai pendirian dan tidak tegas mempertahankan sistem pendidikan kebangsaan.
Dia seolah-olah ditekan. Sekiranya mahasiswa tidak bersuara, dia akan ditolak ke tepi oleh timbalannya sendiri,” kata Faizzuddin, merujuk kepada Timbalan Menteri Teo Nie Ching dari DAP.
“Jangan tunduk kepada timbalan. Kami bersama anda,” kata Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia.
UEC adalah peperiksaan seragam untuk pelajar di 60 sekolah menengah Cina di seluruh negara, sejak 1975, dengan sukatan pelajaran dibangunkan Dong Zong, apabila sekolah Cina tidak mahu menerima pakai bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Lepasan UEC tidak boleh melanjutkan pelajaran di universiti kerajaan dan bekerja di sektor awam kerana UEC tidak diiktiraf kerajaan persekutuan.
Pengiktirafan sijil lepasan sekolah menengah Cina persendirian itu merupakan salah satu daripada janji manifesto pilihan raya Pakatan Harapan yang perlu dipenuhi dalam tempoh 5 tahun memerintah.
Maszlee sebelum ini berkata kementerian sedang melakukan kajian holistik berhubung perkara itu dan berkata sebarang keputusan tidak akan menggugat kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Bekas penasihat sosiobudaya kepada kerajaan, Tan Sri Rais Yatim berkata kerajaan sepatutnya membentangkan intisari sukatan pelajaran UEC bagi melihat sebarang percanggahan dengan Akta Pelajaran.
Faizzuddin hari ini berkata mereka akan membawa bantahan ini ke kampus-kampus universiti dan mengadakan jelajah ke seluruh negara.
Kami akan masuk ke kampus-kampus dan kami Gamis dan persatuan mahasiswa lain akan kumpul petisyen sebanyak mungkin untuk berikan kepada menteri, supaya menteri tidak perlu takut dan terus mengangkat sistem pendidikan kebangsaan,” katanya.
Ditanya mengenai kenyataan menteri mengatakan kementerian tidak terburu-buru untuk mengiktiraf UEC, Faizzuddin menyifatkan ia hanya kenyataan politik.
Pada awalnya dia mengatakan dia tak akan buat kajian kemudian apabila diberi tekanan dia kata akan buat kajian. Ini manifestasi dia tak mempertahankan sistem pendidikan kebangsaan.” - fmt


Demikianlah Artikel [BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee

Sekianlah artikel [BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/07/bantah-uec-jangan-tunduk-pada-teo-nie.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[BANTAH UEC] Jangan tunduk pada Teo Nie Ching, mahasiswa beritahu Maszlee"

Posting Komentar