Judul : Isa Samad bertanding calon Bebas PRK Port Dickson
link : Isa Samad bertanding calon Bebas PRK Port Dickson
Isa Samad bertanding calon Bebas PRK Port Dickson
SEREMBAN - Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad mengesahkan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Port Dickson.
Bekas Ahli Parlimen Jempol itu berkata, beliau yang akan bertanding sebagai calon bebas membuat keputusan itu kerana partinya, UMNO membuat keputusan tidak meletakkan calon di kawasan berkenaan.
"Saya bertanding kerana kerusi itu telah dikosongkan dan saya adalah orang Port Dickson," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.
Mohd. Isa berkata, beliau yakin berpeluang menang di Port Dickson walaupun kerusi itu turut ditandingi Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang juga Bekas Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang (kini Port Dickson) memaklumkan telah lama berkhidmat di kawasan berkenaan serta dikenali oleh pengundi di situ.
Mohd. Isa yang juga bekas Pengerusi Felda pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Linggi dan Bagan Pinang yang terletak di bawah Parlimen Port Dickson.
"Mengenai jentera PRK saya, saya akan lihat bagaimana untuk menyusunnya," katanya. - K! ONLINE
Demikianlah Artikel Isa Samad bertanding calon Bebas PRK Port Dickson
Sekianlah artikel Isa Samad bertanding calon Bebas PRK Port Dickson kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Isa Samad bertanding calon Bebas PRK Port Dickson dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/09/isa-samad-bertanding-calon-bebas-prk.html
0 Response to "Isa Samad bertanding calon Bebas PRK Port Dickson"
Posting Komentar