Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat

Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat
link : Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat

Baca juga


Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat


BANGI, 15 Muharram 1440H, Selasa – PAS menyifatkan tindakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang mendakwa pendakwah terkenal antarabangsa, Dr Zakir Naik yang sering dianggap merendahkan agama lain, sebagai tidak adil dan berniat jahat.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, tidak menolak kemungkinan kenyataan Mujahid itu didorong oleh segelintir pihak yang tidak senang dengan Zakir Naik sebelum ini.
Mujahid seharusnya malu dan melihat kembali kenyatan yang pernah beliau kemukakan pada tahun 2017 terhadap Dr Zakir Naik. Beliau pernah menganggap program Dr Zakir Naik adalah program perbahasan ilmiah.
“Mujahid sendiri pernah mencabar penganut Hindu yang tidak setuju dengan tokoh itu perlu lawan berbahas dan tidak menggunakan pelbagai alasan untuk menghalang kemasukannya ke Malaysia.
“Sikap apologetik Mujahid sangat naif sehingga membuat tuduhan melulu. Sikap tidak profesional tersebut menggambarkan kuasa yang dimiliki olehnya boleh menekan orang lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Mujahid dilaporkan berkata, kaedah berdebat Zakir Naik dengan merendahkan atau menghina agama lain tidak sesuai di negara ini, yang bertunjangkan kepelbagaian kaum dan etnik.
Dakwaan tanpa sebarang penelitian itu dinyatakan oleh Mujahid pada ucaptama Seminar Kebangsaan Isu dan Cabaran dalam Hubungan Masyarakat Majmuk, anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Mengulas lanjut Nasrudin berkata, jika Mujahid tidak bersetuju dengan kaedah perdebatan yang dianjurkan, beliau boleh berbincang daripada aspek teknikal dan tidak perlu menimbulkan persepsi buruk terhadap Zakir Naik.
Berbeza dengan cara Mujahid menangani isu LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transeksual), beliau boleh menjemput Nisha Ayub ke pejabat, berunding dan mengadakan sidang akhbar bersama sambil menawarkan pelbagai solusi alternatif kepada golongan ini.
“Demikian juga beliau boleh buat pertemuan dengan Dr P Ramasamy dalam menangani tuduhan penglibatannya dengan pertubuhan pengganas LTTE (Kumpulan pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam).
“Namun, apabila timbul isu Dr Zakir Naik, beliau menyerang secara melulu tanpa berunding dengan tokoh tersebut,” katanya. - ismaweb


Demikianlah Artikel Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat

Sekianlah artikel Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/09/zakir-naik-kenyataan-mujahid-tak-adil.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Zakir Naik: Kenyataan Mujahid tak adil, berniat jahat"

Posting Komentar