Judul : (KAFIR Guna Muslim) Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diseleweng puak liberal
link : (KAFIR Guna Muslim) Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diseleweng puak liberal
(KAFIR Guna Muslim) Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diseleweng puak liberal
BANGI – Golongan liberal telah menyalahguna dan menyelewengkan istilah-istilah Islam seperti ‘Rahmatan Lil Alamin’.
Penyelewengan ini dilakukan bagi mengubah wajah Islam sebenar dan membenarkan perkara-perkara yang bercanggah dengan syariat Islam.
Tokoh Islam Indonesia, Prof Dr Anis Malik Thoha berkata, konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ adalah istilah Al-Quran dan benar tetapi diinginkan daripadanya kebatilan.
Justeru, ia perlu dijaga daripada terus disalahguna.
“Umat Islam perlu mengawal istilah-istilah seperti ‘Rahmatan Lil Alamin, Wasatiyyah, Adil, Benar dan lain-lain.
“Kita perlu memiliki tahap kewaspadaan yang tinggi, banyak membaca dan mengkaji, dan simposium seperti ini perlu diteruskan sebagai pencerahan dan mengelakkan kecelaruan,” katanya di Simposium Siasah Syar’iyyah anjuran Majlis Ulama Isma (MUIS) di sini hari ini.
Pengarah CASIS UTM, Prof Madya Dr Khalif Muammar pula berkata, golongan liberal mahu mengubah perkara tetap (thawabit) dalam agama dengan membawa kekeliruan dalam konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’.
“Jika kita ubah kefahaman konsep ini, kita telah mengubah agama seperti Yahudi dan Nasrani mengubah agama mereka,” katanya.
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Ahmad Sanusi Azmi berkata, adalah menjadi peranan kita semua untuk memberi kefahaman betul kepada masyarakat mengenai konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’.
“Kekeliruan dalam konsep ini telah dimulakan oleh golongan liberal dengan membawa kefahaman dalam kerangka mereka, ertinya semua perkara perlu diberi kebebasan atas nama Islam Rahmatan Lil Alamin.
“Sedangkan ia perlu difahami dalam konteks yang betul mengikut Al-Quran sendiri.
“Islam telah menetapkan batas-batas tertentu yang perlu dipelihara, bukan seperti yang sengaja dikelirukan oleh golongan liberal,” katanya yang juga Ahli Majlis Ulama Isma (MUIS).
Simposium ini telah dihadiri lebih 300 peserta dan membincangkan tajuk Konsep Islam Rahmatun Lil Alamin: Antara Kesesatan Tafsiran Hermeneutika Liberal dan Kefahaman Syarak Sebenar. – Ismaweb
Demikianlah Artikel (KAFIR Guna Muslim) Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diseleweng puak liberal
Sekianlah artikel (KAFIR Guna Muslim) Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diseleweng puak liberal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (KAFIR Guna Muslim) Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diseleweng puak liberal dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/09/kafir-guna-muslim-konsep-rahmatan-lil.html
0 Response to "(KAFIR Guna Muslim) Konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’ diseleweng puak liberal"
Posting Komentar