Judul : PRK Port Dickson kecoh penyokong mahu masuk pusat penamaan calon
link : PRK Port Dickson kecoh penyokong mahu masuk pusat penamaan calon
PRK Port Dickson kecoh penyokong mahu masuk pusat penamaan calon
PORT DICKSON - Sedikit kekecohan berlaku sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Port Dickson bermula pukul 9 pagi ini.
Ia berikutan penyokong yang mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu memasuki perkarangan pusat penamaan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) di sini.
Hanya mereka yang memiliki pas dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dibenarkan memasuki perkarangan MPPD.
Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) tiba di sini kira-kira pukul 8.45 pagi sebelum diiringi ke pusat penamaan oleh ratusan penyokongnya yang menanti ketibaan beliau sejak pukul 7.30 pagi.
Pasukan keselamatan bagaimanapun dapat mengawal keadaan dan proses penamaan calon sedang berlangsung dengan baik sejak pukul 9 pagi tadi. - K! ONLINE
Demikianlah Artikel PRK Port Dickson kecoh penyokong mahu masuk pusat penamaan calon
Sekianlah artikel PRK Port Dickson kecoh penyokong mahu masuk pusat penamaan calon kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRK Port Dickson kecoh penyokong mahu masuk pusat penamaan calon dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/09/prk-port-dickson-kecoh-penyokong-mahu.html
0 Response to "PRK Port Dickson kecoh penyokong mahu masuk pusat penamaan calon"
Posting Komentar