Judul : Pudin Tak Layak jd Menteri Luar, mengeluh terpaksa lawat negeri dia tak suka
link : Pudin Tak Layak jd Menteri Luar, mengeluh terpaksa lawat negeri dia tak suka
Pudin Tak Layak jd Menteri Luar, mengeluh terpaksa lawat negeri dia tak suka
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah diselar pihak pembangkang kerana menghantar ciapan umum di Twitter mengenai dirinya terpaksa melawat negara yang beliau tidak suka kerajaannya.
Anggota Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, yang juga bekas timbalan menteri luar berkata, beliau "terkejut" apabila seorang menteri luar membuat kenyataan sebegitu.
"Menjadi pegawai tertinggi kementerian luar - kenyataan sebegitu tidak dialu-alukan dan tidak profesional
"Beliau patut mendapat panduan daripada pegawai kanan Wisma Putra sebelum membuat ciapan Twitter itu. Sudah pasti, pegawai kita sangat terlatih dan profesional dalam melaksanakan tugasnya," kata Reezal.
Beliau juga berkata sebagai Menteri Luar, Saifuddin juga tidak boleh mendakwa "memiliki ruang peribadi" ketika membuat ulasan di media sosial.
Saifuddin, dalam ciapan Twitternya berkata: "Ada dua negara yang tidak saya sukai kerajaannya, tapi terpaksa dilawati juga, satu kerana urusan agama dan satu lagi kerana urusan negara."
Bagaimanapun, ciapan Twitter berkenaan telah dipadam menteri tersebut.
Bekas ketua pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang juga MP Rembau turut menyasarkan tegurannya terhadap Saifuddin.
"Kamu ialah diplomat nombor satu negara, jadi tingkah laku pun kena sesuai kedudukan itu," kata Khairy.
Pada ciapan Twitter selanjutnya, Saifuddin berkata beliau menerima kritikan tetapi menegaskan perlu dibezakan antara "mengkritik dan membalun." - MK
Demikianlah Artikel Pudin Tak Layak jd Menteri Luar, mengeluh terpaksa lawat negeri dia tak suka
Sekianlah artikel Pudin Tak Layak jd Menteri Luar, mengeluh terpaksa lawat negeri dia tak suka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pudin Tak Layak jd Menteri Luar, mengeluh terpaksa lawat negeri dia tak suka dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/09/pudin-tak-layak-jd-menteri-luar.html
0 Response to "Pudin Tak Layak jd Menteri Luar, mengeluh terpaksa lawat negeri dia tak suka"
Posting Komentar