Judul : [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM
link : [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM
[RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM
Mohd Shukri juga dalam masa yang sama mencadangkan agar hukuman sebat diberikan kepada individu yang didapati bersalah melakukan rasuah. - Gambar fail |
Bagaimanapun, beliau berpendapat tahap itu masih belum dapat dilakukan di Malaysia seperti yang dilaksanakan di China.
Beliau turut mencadangkan agar hukuman sebat diberikan kepada individu yang didapati bersalah melakukan rasuah yang dirasakan dapat memberi pengajaran kepada yang lain.
“Saya setuju apa yang dikatakan Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) tetapi ia (hukuman bunuh) tidak mungkin boleh dilaksanakan di Malaysia. Kalau tak boleh cara itu, saya cadangkan sebat, kerana sebat ini dapat menghalang pelaku rasuah,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas sesi temu bual di Radio Bernama dan Majlis Deklarasi dan Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Ketua-Ketua Jabatan Bernama di sini, hari ini.
PM Dr Mahathir sebelum ini turut ditanya sama ada beliau menyokong hukuman mati bagi pemimpin yang melakukan rasuah selepas beliau menyampaikan syarahan bertajuk Cabaran Tadbir Urus Yang Baik Dalam Negara Islam pada Isnin di Pusat Pengajian Islam Oxford di Universiti Oxford.
Jawab Dr Mahathir, individu yang didapati bersalah melakukan rasuah oleh mahkamah di Malaysia akan dihukum penjara dan menambah bahawa di sesetengah negara pesalah rasuah ditembak mati tetapi ia tidak akan menyelesaikan masalah itu.
Demikianlah Artikel [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM
Sekianlah artikel [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/09/rasuah-hukuman-bunuh-saya-setuju-ketua.html
0 Response to "[RASUAH] "Hukuman bunuh? Saya setuju" - Ketua Pesuruhjaya SPRM"
Posting Komentar