Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil

Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil
link : Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil

Baca juga


Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil

KUALA LUMPUR:

Sijil dan kelulusan akademik mempunyai nilai sosio-ekonomi dengan semakin tinggi taraf sijil dan kelulusan semakin tinggi ganjaran kewangan dalam bentuk gaji atau imbuhan yang bakal diperoleh serta nilai status sosio-ekonomi seseorang juga akan meningkat.

Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia USM, Prof Madya Dr Shahabuddin Hashim berkata, sijil dan kelulusan akademik mempunyai nilai psikologi dengan semakin tinggi pencapaian akademik seseorang, semakin sesorang itu boleh dipercayai dan boleh ‘membeli’ kepercayaan daripada masyarakat atau majikan/pekerja.

Malah menurutnya, ia boleh memikat pihak-pihak tertentu untuk memberi anugerah dalam bentuk pangkat dan ganjaran ke jawatan yang lebih tinggi.




IMPLIKASI PENIPUAN SIJIL DAN KECURANGAN AKADEMIK

Prof Madya Dr Shahabuddin berkata, kepada kelompok masyarakat yang masih berpegang kepada peranan agama sebagai cara hidup dan nilai moral yang diterima umum, implikasi besarnya adalah soal integriti.

"Jika seseorang itu terlibat dalam pemalsuan sijil/kelulusan akademik dan bertugas atau terlibat secara langsung dengan sesuatu institusi sosial atau pekerjaan kecurangan akademik ini akan menyebabkan kepercayaan masyarakat massa atau majikan akan tergugat dan akan berkurangan.

"Kecurangan ini akan meninggalkan ‘kudis’ dalam pandangan masyarakat umum dalam jangka masa panjang manakala kesan negatif ini lebih ketara jika seseorang pemalsu sijil berkenaan melibatkan diri dalam organisasi yang berkaitan dengan perkhidmatan kesihatan, keselamatan dan pembuat dasar/polisi untuk masyarakat tertentu. Kepercayaan masyarakat terhadap individu dan organisasi berkenaan akan terus defisit," katanya.




EMPAT KATEGORI KECURANGAN AKADEMIK YANG SERING BERLAKU

Terdapat empat kategori kecurangan akademik yang sering berlaku dan yang pertama ialah penipuan sijil dan kelulusan akademik yang dipaparkan dalam CV yang telah jadi fenomena.

Menurut Dr Shahabudin, plagiat iaitu menipu isi kandungan sesuatu tugasan/laporan/penulisan akademik dengan mengambil/menciplak tulisan orang lain tanpa dinyatakan penghargaan yang sewajarnya juga dikategorikan dalam kecurangan akademik.

"Kecurangan yang ketiga ialah, mengupah pihak ketiga dengan bayaran tertentu untuk menghasilkan tugasan/laporan/ penulisan akademik. Walaupun mengambil masa untuk menghasilkan penulisan berkenaan  tetapi tetap tidak ditulis oleh penulis yang sepatutnya".

"Manakala yang terakhir, penerbitan penulisan/artikel di journal yang ketulinannya boleh dipertikaikan. Journal yang ‘fake’ mungkin tidak disedari oleh penulis," menurutnya kepada Astro AWANI.

 

PERCAYA KEPADA USAHA DAN PENAT LELAH

Dr Shahabudin berkata, sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat untuk menyimpan dokumen rasmi iaitu sijil kelulusan akademik dan kemahiran sebagai ‘hadiah’ kepada penat lelah selama beberapa tahun berusaha untuk mendapatkannya.

Namun katanya, dalam era revolusi industri 4.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025  (PT) yang mana keperluan untuk menjadi pekerja yang terbaik tidak lagi terhad kepada sesuatu pengetahuan dan kemahiran yang statik.

"Keperluan pengetahuan dan kemahiran yang sentiasa berubah, penguasaan ‘soft skill’ seperti kemahiran penyelesaian masalah dan kreativiti juga perlu diambil kira dalam proses temu duga dan pemerhatian dalam tempoh ‘kontrak’ seseorang pekerja sebelum diserapkan ke organisasi berkenaan sebagai pekerja sepenuh masa".

"Seseorang pekerja atau pemimpin yang akan memberi sumbangan kepada organisasi masing-masing perlu mempunyai kelulusan akademik yang setimpal mengikut bidang selain daripada ‘soft skill’".

"Mereka juga perlu berperibadi 'resilien' dalam mendepani arus kehidupan yang ‘ups and downs’ selain daripada pengalaman atau ‘exercise’ semasa dalam proses pembelajaran untuk mendapatkan sijil akademik".

Dr Shahabuddin turut berpendapat keperluan dokumen akademik yang asli dan kemahiran ‘soft skills’ seperti kemahiran penyelesaian masalah serta peribadi yang resilien akan menjadi amalan penting dalam proses pengambilan pekerja atau pemimpin baru pada masa akan datang.


TANGANI PEMALSUAN SIJIL

Dalam menangani pemalsuan sijil ini, Dr Shahabudin berkata, Penal Code ( Seksyen 468 dan 471) yang dikuatkuasakan di Malaysia difikirkan mencukupi untuk menangani isu sijil palsu ini. Majikan boleh membuang pekerjanya jika didapati bersalah memalsukan dokumen semasa memohon pekerjaan. Namun, laporan polis perlu dibuat oleh pihak yang terlibat.

"Semua IPTA dan IPTS berusaha untuk meningkatkan ciri-ciri keselamatan yang terdapat dalam sijil akademik yang dikeluarkan termasuklah juga rekod-rekod pelajar yang pernah belajar di institusi berkenaan yang mungkin perlu dirujuk jika terdapat kes yang tertentu.

Beliau berkata, cabaran besar yang mendepani negara kita atau masyarakat global adalah sejauh mana kita dapat mengekang beribu-ribu laman web yang menawarkan ‘perkhidmatan pemalsuan’ sijil akademik universiti-universiti yang tertentu yang boleh diperolehi dalam masa 24 jam ini. Transkripsi sijil akademik juga dipalsukan.

Malahan, terdapat juga laman-laman web yang menawarkan khidmat pengesanan atau pengesahan sijil akademik palsu, sedangkan laman berkenaan juga merupakan laman web yang palsu.


Demikianlah Artikel Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil

Sekianlah artikel Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/02/astro-awani-kudis-kecurangan-akademik.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Astro Awani: 'Kudis' kecurangan akademik dan pemalsuan sijil"

Posting Komentar