Judul : [PAS U-TURN LUPAKAN RUU355] Rafizi dedah sebab kerajaan bentang RUU355
link : [PAS U-TURN LUPAKAN RUU355] Rafizi dedah sebab kerajaan bentang RUU355
[PAS U-TURN LUPAKAN RUU355] Rafizi dedah sebab kerajaan bentang RUU355
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli hari ini mendakwa mengetahui sebab mengapa kerajaan mengambil keputusan membentangkan sendiri bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355.
Menurut Rafizi, sebabnya adalah BN yakin Pas tidak akan menyertai Pakatan Harapan.
"Disebabkan itu RUU355 merupakan satu "senjata sulit" atau "muslihat" daripada mereka. Sama ada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membentangkan usul itu atau tidak, adalah tidak relevan sekarang.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas mahu teliti dahulu draf RUU355 BN]
"Perpecahan di kalangan pembangkang telah berlaku dan tidak boleh dipulihkan serta Pas juga tidak akan menyertai Pakatan Harapan dengan apa cara sekali pun," katanya dalam sidang media di Invoke Malaysia di Sungai Besi, hari ini.
Beliau berkata, selain itu, BN kini mengemudi untuk komited dengan Pas dan dalam masa yang sama menyeimbangkan kemarahan yang semakin meningkat dalam kalangan komponen parti dalam BN.
"Kesannya berbeza. Jika Pas yang membawakan usul, parti komponen dalam BN yang tidak Islam akan mengalami tekanan daripada pengundi mereka yang ini merupakan langkah pertama terhadap perlaksanaan hudud.
"Ini yang pelik. Kalau kerajaan BN yang bentangkan, dia tak jadi hudud pula, sedangkan selama-lamanya memang kerajaan BN yang bentang (usul). Tapi kalau BN yang bentang, parti-parti politik dalam BN bukan Melayu merasakan ini bukan hudud sebab BN yang bentangkan," katanya.
Menurut Rafizi, selagi RUU355 dibentangkan oleh ahli parlimen pembangkang, maka ia akan terus menjadi risiko digunapakai sebagai senjata politik oleh BN-Umno untuk terus memecah belahkan PH.
"Kerana keputusan sama ada nak membenarkan ia dibaca, dibahas, diundi itu adalah keputuan BN-Umno," katanya.
Jumaat lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa BN akan membentangkan RUU355 pada sidang Parlimen kali ini sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam dan kedaulatan bangsa Melayu tanpa menjejaskan pihak lain. - SH
Ramai pengundi PAS tak tahu RUU355, ia 'syok sendiri', kata Rafizi
Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata menurut kajian terdapat 54 peratus daripada responden yang merupakan pengundi PAS tidak tahu apa itu RUU 355.
Kata Rafizi, kaji selidik itu juga menunjukkan hanya 10.4 peratus daripada responden dalam kaji selidik baru-baru ini akan mengundi dalam pilihan raya akan datang berdasarkan kepada isu RUU 355.
Beliau berkata demikian pada sidang media hari ini.
Jelas Rafizi, kesimpulan tersebut diambil melalui kajian telefon yang dijalankan oleh Pusat Invoke for Policy Initiatives (I-CPI) yang disasarkan kepada pengundi Melayu-Islam dan menerima 43 ribu responden antara 16 Mac hingga 22 Mac lalu.
"Adalah penting untuk benar-benar tahu denyut nadi rakyat biasa, supaya ahli-ahli politik tidak 'Syok Sendiri' (penuh dengan sendiri) dan bercakap tentang isu-isu yang hanya penting kepada beberapa kumpulan orang," katanya.
Beliau berkata I-CPI memutuskan untuk menjalankan kajian ini mengenai Akta 355 pindaan kerana perkara ini telah menjadi satu isu politik negara, dan kaji selidik ini bertujuan untuk mengumpul data kuantitatif mengenai pengaruh isu ini dalam pilihan raya akan datang.

Demikianlah Artikel [PAS U-TURN LUPAKAN RUU355] Rafizi dedah sebab kerajaan bentang RUU355
Sekianlah artikel [PAS U-TURN LUPAKAN RUU355] Rafizi dedah sebab kerajaan bentang RUU355 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [PAS U-TURN LUPAKAN RUU355] Rafizi dedah sebab kerajaan bentang RUU355 dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/03/pas-u-turn-lupakan-ruu355-rafizi-dedah.html
0 Response to "[PAS U-TURN LUPAKAN RUU355] Rafizi dedah sebab kerajaan bentang RUU355"
Posting Komentar