Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik

Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik
link : Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik

Baca juga


Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu bersikap lebih profesional dan menyedari kedudukannya sebagai Menteri Kewangan, dengan tidak melibatkan sebarang unsur-unsur bersifat politik ketika membentangkan Bajet 2018, petang tadi.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Noor Mat Yazid berkata, menerusi pembentangan bajet petang tadi, Najib dilihat tidak berdiri sebagai seorang menteri kewangan, sebaliknya meletakkan beliau sebagai pemimpin Barisan Nasional (BN).
Di peringkat awal pembentangan itu lagi, beliau membangkitkan mengenai kenapa dirinya dikutuk dengan mengaitkan isu Bugis dan sebagainya, kemudian ia diakhiri pula dengan ucapan semangat dan berjuang untuk PRU14.
“Saya kira perkara sebegitu harus dikurangkan dalam pembentangan belanjawan kerana ia adalah bajet atas dasar kedudukannya sebagai menteri kewangan,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Mengulas kandungan pembentangan itu, beliau bagaimanapun mengakui banyak penambahbaikan yang dibawa oleh kerajaan selaras dengan hasrat rakyat, khususnya kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.
“Secara dasarnya, perkara yang ditonjolkan dalam pembentangan dilihat mengambil kira secara menyeluruh dengan menekankan pembangunan lestari, kemudian meletakkan banyak kelebihan kepada golongan wanita, kakitangan awam dan pesara. Saya kira ianya adalah positif.
“Saya juga tertarik dengan pemansuhan tol di tiga buah negeri iaitu di Selangor, Kedah dan Johor. Saya kira ianya berlaku selepas dipukul canang oleh pembangkang. Inilah pentingnya peranan pembangkang dalam sebuah negara demokrasi,” katanya.
Bagaimanapun Dr Mat Yazid berkata, beliau hairan dengan kandungan bajet kali ini yang tidak memperincikan secara jelas peruntukan ke atas institusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Perdana Menteri tidak menyentuh dengan mendalam mengenai IPT, dan sekadar menyebut menaik taraf universiti terbaik sahaja, tanpa menjelaskan peruntukan sama ada dinaikkan atau tidak.
“Sebelum ini kita maklum bahawa peruntukan untuk universiti telah dikurangkan sehingga ada beberapa perkara yang sebelum ini kita terima, sudah tidak dapat. Ia sehinggakan pentadbiran menggunakan cara yang tidak pernah dilakukan bersesuaian dengan peruntukan sedia ada,” katanya.
Ditanya adakah bajet kali ini dilihat untuk ‘memancing undi’, Dr Mat Yazid berkata, beliau tidak menolak kemungkinan wujud unsur-unsur tersebut memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi, apabila banyak pihak menerima manfaat daripadanya.
“Belanjawan ini dilihat positif untuk mereka yang berpendapatan kurang RM9,000, dan mereka juga mudah ditarik untuk memberi sokongan kepada pihak tertentu.
“Dan secara dasarnya darjah pemikiran mereka, bukan saya nak menafikan, tetapi pemikiran dan analisis mereka juga rendah serta mudah terpukau dengan bayaran-bayaran sebegini. Maka, sasaran itu sampai.
“Unsur-unsur pancing undi itu ada, cuma ianya tidak secara langsung kerana mungkin ada yang menerima tetapi tidak memberi kesan, khususnya mereka berpendapatan tinggi, ianya hanya memberi kesan kecil,” katanya. - ismaweb


Demikianlah Artikel Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik

Sekianlah artikel Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/10/najib-patut-profesional-bentang-bajet.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Najib PATUT PROFESIONAL bentang Bajet 2018 sebagai menteri kewangan bukan pemimpin BN - penganalisa Politik"

Posting Komentar