Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan

Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan
link : Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan

Baca juga


Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan


Pejabat Peguam Negara (AGC) dan SPRM perlu menjelaskan kepada umum mengenai pembebasan Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada pertuduhan rasuah.

Pengarah Eksekutif Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4), Cynthia Gabriel berkata, pembebasan Guan Eng itu bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai kebebasan institusi kerajaan daripada kepentingan parti politik tetapi juga berkenaan keperluan untuk menjelaskan pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

"Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali cukup yakin dengan mengetuai sendiri pasukan pendakwaan terhadap Guan Eng tetapi, jika peguam negara pada waktu itu begitu yakin dengan kes tersebut, bagaimana ia boleh dengan mudah digugurkan oleh Mahkamah Tinggi?

"Sama ada peguam negara yang dulu dipaksa untuk membuat pendakwaan di mahkamah, atau sistem ini sentiasa menyebelahi kerajaan yang memerintah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan C4 susulan pembebasan Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon daripada dua pertuduhan rasuah mengenai dakwaan menukar status tanah negeri dan pembelian rumah banglo pada harga diskaun oleh Mahkamah Tinggi Pulau Pinang awal hari ini.

Pembebasan itu selepas AGC menerima representasi daripada peguam kedua-dua tertuduh itu.

Sementara itu Pegawai Khas kepada bekas Menteri Besar Selangor, Faekah Husin  turut mempersoalkan kenyataan SPRM mengenai kes Guan Eng ini.

"Drama apakah ini?

"Mengapa perlu keluar kenyataan sedangkan kita maklum selepas kertas siasatan dihantar ke Pejabat Peguam Negara maka kes secara automatik di luar bidangk uasa SPRM.

"Adakah kenyataan rasmi ini kerana nak cuci punggung?" katanya menerusi laman Twitter miliknya, semalam.

Semalam Guan Eng, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, dan ahli perniagaan Phang Li Koon dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi  Pulau Pinang atas pertuduhan rasuah berhubung pembelian sebuah banglo di bawah nilai pasaran.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail melepaskan dan membebaskan Guan Eng, 58, dan Li Koon, 46, berikutan permohonan peguam Ramkarpal Singh yang  mewakili Guan Eng, dan Datuk V.Sithambaram serta Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili  Li Koon, supaya anak guam mereka dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan itu. - SH


Demikianlah Artikel Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan

Sekianlah artikel Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/09/bebas-guan-eng-agc-perlu-beri-penjelasan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bebas Guan Eng: AGC perlu beri penjelasan"

Posting Komentar