Judul : Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan
link : Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan
Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kerusi Mustapa atau Tokpa itu akan dipisahkan dari kumpulan ADUN UMNO.
“Kerusi dia pun dipisahkan dari UMNO, dia wakili pembangkang dalam dewan lah,” katanya selepas kuliah mingguan di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.
Mohd Amar bagaimanapun menafikan sudah ada perjanjian kerjasama antara Pas dan UMNO walaupun melabelkan Mustapa sebagai pembangkang tunggal dalam DUN Kelantan
Ujarnya, tiada sebarang keputusan dibuat dalam Muktamar Pas baru-baru ini mengenai tahaluf siyasi dengan UMNO.
“Pas dengan Umno ini tak ada apa apa lagi. Baru saja duduk sekali, tengah mengurat (saling kenal mengenali) belum lagi, bertunang belum lagi apatah lagi nak kahwin, belum ada apa apa lagi,” tambahnya.
Sementara itu katanya, Pas sentiasa membuka pintu kepada Mustapa sekiranya beliau berminat namun bertegas tidak akan membuat sebarang pelawaan.
“Kita buka pintu luas kepada sesiapa yang nak masuk pas, tapi Tok Pa kita tak cari dan pelawa dia, dia nak masuk dipersilakan,” katanya.
Menyentuh mengenai tindakan Tok Pa meninggalkan UMNO, Mohd Amar berkata tindakan beliau tepat dan percaya akan ada lagi pemimpin UMNO yang akan mengikut jejak langkah beliau.
Ini kerana katanya, riwayat UMNO sudah berakhir dan semakin karam sehingga kesudahannya lebih ramai bekas pemimpin parti itu akan menyertai parti lain.
“Sebelum ini saya pernah kata UMNO kena bubar dan masuk Pas semua. Zaman UMNO sudah tak ada.
"Dulu kerajaan biasa hidup senang, nak jadi pembangkang bukan mudah kalau tak ada pengalaman, sukar nak teruskan,” ujarnya. - Astro
Demikianlah Artikel Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan
Sekianlah artikel Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/09/tok-pa-akan-jadi-satu-satunya.html
0 Response to "Tok Pa akan jadi satu-satunya pembangkang DUN Kelantan"
Posting Komentar