Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib

Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib
link : Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib

Baca juga


Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib


SEPANJANG tempoh 48 jam lalu, kita diperlihatkan dengan satu lagi aspek perbezaan ketara antara Pas versi Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Pas versi Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Suatu sandiwara penyebaran berita palsu dan fitnah telah berlangsung dalam penyampaian memorandum kononnya oleh akar umbi Pas kepada Ketua Penerangan Pas, Nasarudin Hassan yang meminta Jawatankuasa Pusat Pas supaya memutuskan hubungan dengan mana-mana pihak yang mempunyai pertalian dengan DAP dan Amanah, diiringi beberapa poster menyerang pimpinan Pakatan Harapan dan Bersatu.

Banner yang mahal dan berwarna-warni, menyerang pemimpin Pakatan Harapan dan Bersatu – termasuk satu yang memaparkan wajah saya dan menyerang saya sebagai ‘Musuh Melayu/Islan (Rasis)’ – dipamerkan di luar Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur bagi menyampaikan rasa tidak suka dan benci yang bersangatan terhadap pimpinan DAP, Amanah dan Bersatu seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Mohamad Sabu dan saya sendiri.

Ini adalah sesuatu yang tidak akan terjadi dalam Pas versi Nik Aziz, kerana tidak akan ada Ketua Penerangan Pas yang akan berani mengatur dan menjalankan aksi politik nakal sedemikian, kerana pastinya akan mengundang kemarahan Nik Aziz.

Tetapi Nik Aziz sudah tiada dan apa yang ada hari ini ialah Pas versi Abdul Hadi.

Nik Aziz tidak akan merelakan sebarang muslihat atau pengkhianatan politik, terutamanya oleh pemimpin Pas.
Jika DAP dan pemimpin DAP adalah anti-Melayu dan anti-Islam, kenapa Pas menganggotai Pakatan Rakyat sepanjang 2008 ke 2013 dan mendapat sokongan majoriti undi popular pada PRU13 dan hampir menghalau Umno/BN keluar dari Putrajaya? Sekiranya sistem pilihan raya adalah benar-benar adil dan demokratik; daripada membenarkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri?

Kalau DAP dan pemimpin DAP anti-Melayu dan anti-Islam, adakah Nik Aziz akan menziarahi bekas Pengerusi Kebangsaan DAP, mendiang Karpal Singh, di kediamannya di Pulau Pinang semasa perayaan Thaipusam pada Januari 2013, di mana hari jadi Nik Aziz yang ke-82 turut disambut dengan kek ‘Pakatan Rakyat’?

Kenapa begitu banyak sekali perubahan terhadap Pas setelah kematian Nik Aziz pada Februari 2015?
Sekiranya Nik Aziz masih hidup, saya tidak fikir Pas akan teragak-agak untuk menyertai pergerakan patriotik parti-parti politik dan NGO untuk menyelamatkan Malaysia daripada menjadi sebuah kleptokrasi global dan menuju nasib sebuah negara gagal.

Malah, sekiranya Nik Aziz masih hidup, Pas akan berada di barisan paling hadapan mendesak kebertanggungjawaban dan ketelusan dalam skandal kleptokratik pengubahan wang berbilion dolar 1MDB, berbanding melihat Presiden Pas semakin selesa dengan Presiden Umno.

Walaupun sandiwara 48 jam lalu didakwa berpunca dari akar umbi Pas Selangor yang menyerahkan memorandum kepada pimpinan Pas bagi memutuskan hubungan dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan DAP dan Amanah.

Serangan terhadap DAP, Amanah dan Bersatu adalah suatu deklarasi perang oleh kepimpinan Pas terhadap DAP, Pakatan Harapan dan Bersatu.

Walaupun sandiwara serangan kepimpinan Pas terhadap DAP, Amanah dan Bersatu itu cuba dialas, kononnya berpunca dari akar umbi Pas Selangor, senario sebenar adalah sangat berbeza.

Hakikatnya, akar umbi Pas Selangor sudah sangat tidak berpuas hati dan bergolak ekoran pendirian garis keras Pas versi Abdul Hadi yang selesa bersama Umno.

Ini menjelaskan kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, sebelum mesyuarat Jawatankuasa Pusat Pas minggu lalu bahawa kalau pun Jawatankuasa Pusat Pas dan Majlis Syura memutuskan untuk berpisah dengan PKR, Exco-exco Pas di Selangor, anggota GLC, ahli majlis dan ketua kampung tidak akan meletakkan jawatan sehinggalah keputusan dibuat dalam Muktamar Pas pada bulan April nanti.

Pas Selangor berkemungkinan tewas kesemua 15 kerusi Dun yang dimenanginya dalam PRU13 pada PRU akan datang, memandangkan para pengundi Islam dan bukan-Islam kecewa dengan hala tuju baru Pas.

Saya percaya Nik Aziz tidak akan mempunyai masalah menyokong kenyataan dan aspirasi saya bahawa rakyat Malaysia tidak boleh bersifat anti-Melayu, atau anti-Cina, anti-India, anti-Kadazan atau anti-Iban atau anti mana-mana agama, lantas mengkhianati aspirasi Malaysia yang menyifatkan setiap warga Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, wilayah, kelas, gender atau usia sebagai sebuah bangsa Malaysia.

Tetapi Abdul Hadi sangat berbeza dan saya akan sangat terkejut sekiranya beliau mampu menyokong kenyataan dan aspirasi tersebut secara terbuka.

Lim Kit Siang ialah Ahli Parlimen Gelang Patah dan bekas Setiausaha Agung DAP.

- SH


Demikianlah Artikel Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib

Sekianlah artikel Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/beza-pas-hadi-vs-nik-aziz-jika-tuan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Beza Pas Hadi vs Nik Aziz, JIka Tuan Guru Nik Aziz Masih Ada, PASTI LAWAN Najib"

Posting Komentar