[VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis

[VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis
link : [VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis

Baca juga


[VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis



Dua wanita asing didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh Kim Chol, seorang warga Korea Utara, di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) pada 13 Februari lepas. 

Siti Aisyah, 25, warga Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, warga Vietnam bersama-sama empat orang lagi yang masih bebas, didakwa membunuh Kim Chol, 45, di Balai Berlepas klia2, kira-kira 9 pagi, pada hari berkenaan.

Pihak berkuasa telah mengesahkan pembawa pasport yang tertera dengan nama Kim Chol adalah sebenarnya Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh.

Pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan. 

Siti Aisyah merupakan tertuduh pertama manakala Thi Huong adalah tertuduh kedua.

Kedua-dua wanita itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Siti Aisyah dan Thi Huong kelihatan tenang ketika dibawa masuk secara berasingan ke dalam mahkamah kira-kira pukul 10.10 pagi.

Hakim Mahkamah Sesyen Harith Sham Mohamed Yasin, yang bertindak sebagai Majistret, menetapkan 13 April untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Selangor Muhamad Iskandar Ahmad manakala Siti Aisyah diwakili barisan lima peguam diketuai Gooi Soon Seng dan Thi Huong diwakili peguam S. Selvam.

Kedua-dua tertuduh selepas itu dihantar ke Penjara Kajang. - MK


Demikianlah Artikel [VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis

Sekianlah artikel [VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/video-siti-aisyah-thi-huong-berbaju.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[VIDEO] Siti Aisyah, Thi Huong berbaju kalis peluru dikawal ketat polis"

Posting Komentar