Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri

Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri
link : Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri

Baca juga


Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri


WARKAH TERBUKA YB TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN BUAT DYMM TUANKU SULTAN JOHOR

Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.

Terlebih dahulu patik merafak sembah memohon jutaan keampunan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini. Patik terpaksa menjawab secara terbuka titah Tuanku mengenai patik yang telah dibuat secara terbuka dan pada hemat patik telah sedikit sebanyak mencemar nama baik patik. Walaupun Tuanku tidak menamakan patik secara khusus dalam titah tersebut, tetapi ramai pihak mentafsir bahawa patiklah yang Tuanku maksudkan.

Bukanlah niat patik untuk menderhaka kepada Tuanku dengan menulis warkah ini secara terbuka. Niat patik hanyalah untuk membersihkan nama baik patik yang kini telah dilihat sebagai seorang yang angkuh dan sombong sepertimana yang telah dititah oleh Tuanku.

Tuanku sendiri tahu bahawa patik tidak pernah bersikap angkuh dan sombong terhadap Tuanku. Ketika patik menjadi Menteri Besar Johor dan Tuanku adalah Pemangku Raja, hubungan kita amat akrab. Banyak hal-hal berkaitan pemerintahan negeri yang Tuanku kongsikan dengan patik dan patik telah mengurus Negeri Johor menjadi antara negeri termaju di Malaysia waktu itu. Hal ini telah diketahui umum dan tercatat dalam rekod negara.

Seingat patik, tidak pernah berlaku di zaman patik menjadi Menteri Besar, kerajaan negeri Johor tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar gaji kakitangan awam. 

Perbelanjaan diurus secara berhemah dan kerajaan negeri tidak berhutang atau meminjam utk membayar gaji.

Sebaliknya patik telah menubuhkan Tabung Amanah Warisan Johor di mana wang pampasan pembinaan Empangan Linggui berjumlah lebih RM300 juta yang diterima oleh Kerajaan Negeri Johor telah dimasukkan ke dalam tabung ini untuk kegunaan generasi akan datang. Kerajaan negeri Johor sebenarnya mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan. Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor juga adalah antara perbadanan kemajuan ekonomi negeri yang paling berjaya.

Ekonomi negeri Johor tumbuh pesat pada kadar purata 6.7% dari tahun 1991-1995. Dalam tempoh yang sama, pendapatan isi rumah kasar bulanan meningkat dari
RM1,152 kepada RM2,138 dan kadar kemiskinan juga berjaya dikurangkan daripada 9.8% kepada 3.1%
. Ini menunjukkan bahawa rakyat negeri Johor telah menikmati kemajuan ekonomi yang pesat sewaktu patik menjadi Menteri Besar.

Patik juga telah menangani masalah perpecahan Melayu Johor dengan menganjurkan perhimpunan Melayu Johor. Krisis pindaan perlembagaan tahun 1993 yang melibatkan soal imuniti Raja-Raja Melayu juga ditangani dengan baik.

Ketika patik menjadi Menteri Besar, patik telah menjalin kerjasama yang baik dengan pegawai kerajaan dan rakyat. Urusan negeri dijalankan tanpa campurtangan dari pihak luar termasuk Istana. Waktu itu Almarhum Tuanku Sultan Iskandar tidak mencampuri perjalanan Kerajaan Negeri atau terlibat secara langsung dalam politik atau perniagaan. Patik jalankan semua urusan pentadbiran negeri berdasarkan dasar-dasar yang memberi faedah kepada rakyat.

Tidak ada tanah negeri Johor yang terlepas milikan secara kekal ke tangan warganegara asing. Tanah-tanah yang dipindah milik kepada para pelabur asing untuk tujuan pelaburan dalam bidang perindustrian waktu itu hanyalah berstatus pegangan pajak (leasehold). Apabila tempoh pajakan berakhir, tanah-tanah tersebut perlu diserah semula kepada kerajaan. Tidak ada tanah yang tergadai kepada warga asing.

Sebaliknya, pembangunan yang pesat dalam bidang perindustrian telah berjaya menyumbangkan kemakmuran serta impak positif yang signifikan kepada ekonomi negeri Johor keseluruhannya. Malah ianya telah berjaya membuka peluang pekerjaan kepada bukan saja rakyat Johor tetapi juga kepada rakyat Malaysia di negeri lain yang berhampiran.

Pada waktu itu, kerjasama dengan Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad begitu akrab dan peruntukan yang banyak dicurahkan untuk memajukan negeri Johor. Patik juga diberi kebenaran untuk mengadakan hubungan kerjasama dengan Singapura secara langsung kerana sedar tentang begitu pentingnya Kerajaan Johor bekerjasama dengan Singapura bagi faedah rakyat negeri Johor.

Malahan selepas patik berhijrah ke Kuala Lumpur dan menjawat jawatan Menteri Pusat, negeri Johor senantiasa diberikan perhatian dan layanan yang adil. Patik masih ingat, ketika patik menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Tuanku baru sahaja ditabalkan menjadil Sultan, Tuanku menitahkan patik supaya menasihati Tuanku tentang bagaimana untuk memajukan lagi negeri Johor. Patik dengan amat berbesar hati menjunjung titah Tuanku.

Bilakah patik dikatakan angkuh dan sombong?

Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik tidak lagi berada di dalam kerajaan setelah dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO kerana menentang kemungkaran yang dilakukan oleh Najib.

Patik masih ingat sewaktu patik mengadap Tuanku selepas dipecat di waktu itu pun Tuanku menyatakan simpati dengan apa yang berlaku terhadap patik. Nyata, Tuanku murka dengan perlakuan Najib yang menyingkir patik.

Patik dikatakan angkuh dan sombong selepas patik menegur penjualan hartanah berstatus hak milik kekal di Forest City kepada warganegara asing atas sebab mempertahan kedaulatan negeri dan negara.

Apa yang patik lakukan selama ini adalah semata-mata untuk mempertahankan rakyat dan negara daripada kerosakan yang sedang dilakukan oleh Najib

Jika patik dikatakan angkuh dan sombong hanya semata-mata kerana patik berjuang menegakkan kebenaran dan menentang kemungkaran demi membela kepentingan rakyat dan negara, maka biarlah rakyat yang membuat penilaian.

Akhirnya, patik sekali lagi merafak sembah memohon keampunan daripada Tuanku di atas warkah patik yang tidak sepertinya ini. Patik sentiasa mendoakan kesejahteraan Tuanku dan mudah-mudahan negeri Johor sentiasa dilimpahi rahmat kemajuan, keamanan dan kemakmuran di bawah naungan Tuanku.

Amin ya rabbal alamin.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
26 Februari 2017


Demikianlah Artikel Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri

Sekianlah artikel Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/surat-terbuka-ts-muhyiddin-kepada.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Surat Terbuka TS Muhyiddin kepada Sultan Johor, dulu Almarhum Sultan Iskandar TIDAK Campuri"

Posting Komentar