Judul : Rasuah: MB Johor kena bertanggungjawab
link : Rasuah: MB Johor kena bertanggungjawab
Rasuah: MB Johor kena bertanggungjawab
JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin perlu bertanggungjawab memberi penjelasan berhubung isu rasuah dan penyelewengan yang berlaku secara terbuka dalam agensi kerajaan baru-baru ini.
Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, isu rasuah ini perlu diberi perhatian serius memandangkan tindakan mereka telah mengakibatkan negeri itu kerugian jutaan ringgit hasil pendapatan negeri.
"Rakyat Johor dikejutkan semalam dengan penahanan enam individu berusia antara 24-50 tahun kerana terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.
"Mereka yang ditahan adalah anak exco kerajaan negeri, dua pemaju, seorang peguam dan seorang awam. Mereka semua disyaki bersubahat dalam mengurangkan premium tanah yang diluluskan untuk projek-projek perumahan dan perindustrian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menangkap enam individu kerana dipercayai terlibat dalam skandal rasuah dan penyelewengan melibatkan hartanah di Johor.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Azam Baki berkata, keenam-enam suspek yang berusia antara 25 dan 50 tahun itu ditangkap di beberapa lokasi di Johor Bahru dalam satu operasi serentak yang dilancarkan oleh SPRM kira-kira jam 8.30 pagi pada 24 Februari 2017.
Turut dirampas adalah 21 kereta mewah, wang tunai RM500 ribu dan 45 akaun dengan jumlah simpanan RM15.5 juta.
Sehubungan itu, pihak Amanah juga mendesak SPRM membuat siasatan secara telus dan pendakwaan perlu dilakukan bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab sehingga mengakibatkan kerugian besar kepada kerajaan dan rakyat menerima hukuman setimpal.
"Selaku ketua kerajaan, Khaled perlu bertanggungjawab sepenuhnya diatas isu ini kerana ianya melibatkan anak exco, agensi kerajaan negeri seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Johor dan SUK (Bhg Perumahan) yang terletak dibawah portfolio Menteri Besar Johor sendiri.
"Beliau perlu tampil dengan penjelasan kenapa ketirisan dan penyelewengan serta salah guna kuasa dalam agensi kerajaan Johor berlaku secara terbuka akhir-akhir ini. Isu ini telah menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri," katanya lagi - SH
Demikianlah Artikel Rasuah: MB Johor kena bertanggungjawab
Sekianlah artikel Rasuah: MB Johor kena bertanggungjawab kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rasuah: MB Johor kena bertanggungjawab dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/rasuah-mb-johor-kena-bertanggungjawab.html
0 Response to "Rasuah: MB Johor kena bertanggungjawab"
Posting Komentar