[NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera

[NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera
link : [NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera

Baca juga


[NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera


KUALA LUMPUR – Kadar kemiskinan di Malaysia pada masa ini disumbangkan oleh kaum Bumiputera.
Naib Presiden Perkasa, Datuk Ruhanie Ahmad berkata, sebagai bangsa teras, kaum Bumiputera sudah jauh ketinggalan dalam bidang sosioekonomi.

“Pergilah Pavilion, kita gigit jari tengok kedai-kedai dalam tu. Berapa ‘kerat’ orang Bumiputera yang ada kedai dalam tu?

“Adalah seorang dua yang berniaga itupun gerai-gerai di luar, bukan kedai, sedangkan Melayu adalah bangsa teras,” katanya dalam ucapan pembukaan dalam Forum Belanjawan 2018 - Di mana keistimewaan Bumiputera?, di sini malam tadi.

Beliau berkata, sejak akhir-akhir ini wujud pelbagai petanda di mana kedudukan sosioekonomi Bumiputera dalam bahaya.

"Ini bukan kerana kerajaan tidak mempedulikan keselamatan, kelangsungan dan kesejahteraan sosioekonomi tetapi disebabkan kerajaan menyamatarafkan perjuangan dengan bukan Bumiputera.

“Walaupun tak salah tetapi ia bertentantangan dengan Perkara 153 Perelembagaan Persekutuan di mana segala dasar dan program affirmatif dan ‘empowerment’ sosioekonomi Bumiputera tidak boleh disamaratakan dengan kaum-kaum lain di Malaysia,” katanya.

Ruhanie berkata, dengan apa yang berlaku hari ini, menjadikan Bumiputera menjadi kelas kedua di belakang kaum Cina.

“Kita jadi warga kelas kedua. Tapi Perkasa tak reda perkara ini berlaku. Bila bajet 2018, ini bukan ibu segala bajet.

“Saya pernah jadi Pengerusi Mara, MRSM diwujudkan untuk melonjakkan modal Bumiputera. Bila bajet yang kerajaan beri sama nilai dengan SK (J) Tamil, saya tak boleh terima.

“Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil hanya 10 hingga 12 orang saja. Bumiputera adalah bangsa teras, perlu lebih,” katanya.
Jelasnya, tindakan kerajaan yang mahu Bumiputera melabur dalam amanah harta adalah tidak tepat.

“Kita bukan nak itu, tetapi kita mahukan kuasa membeli. Tetapi, siapa yang perjuangkan nasib Bumiputera?

“Tak ada yang berani bersuara. Kerana itu, banyak isu-isu yang melibatkan kaum Bumiputera, tidak ada yang bantah,” katanya - SH


Demikianlah Artikel [NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera

Sekianlah artikel [NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/11/nasib-melayu-95-peratus-miskin-adalah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "[NASIB MELAYU] 95 peratus miskin adalah Bumiputera"

Posting Komentar