Judul : Akhirnya Tun M AKUI TERPAKSA sesuai kan dengan pemikiran LIBERALISME dalam PH
link : Akhirnya Tun M AKUI TERPAKSA sesuai kan dengan pemikiran LIBERALISME dalam PH
Akhirnya Tun M AKUI TERPAKSA sesuai kan dengan pemikiran LIBERALISME dalam PH
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui beliau terpaksa menyesuaikan pemikirannya dengan aliran sosialisme dan liberalisme dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).
Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, dalam keadaan tertentu, kerajaan berdepan kesukaran untuk membuat keputusan kerana perlu mengambil kira pandangan keempat-empat parti dalam PH.
“Saya sedar idea saya terpaksa disesuaikan dengan fikiran mereka (parti dalam PH)... ada mirip pemikiran sosialisme... ada liberalisme..
“Jadi saya terpaksa terjemahkan sesuatu perkara ini untuk disesuaikan dengan pelbagai aliran pemikiran yang ada,” katanya.
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Minda Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Seksyen 15 di sini, hari ini.
Program itu dikendalikan oleh moderator Tan Sri Johan Jaafar. Hadir sama isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.
Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, beliau berdepan kesukaran untuk memimpin negara berbanding ketika kali pertama menjadi Perdana Menteri dahulu.
“Ketika saya menjadi Perdana Menteri pada 1981, keadaan kerajaan dan negara semuanya tersusun. Ketika itu saya hanya membuat keputusan dan jentera kerajaan akan buat kerja.
“Namun sebaliknya berlaku ketika ini apabila kerajaan yang ditinggalkan sangat teruk.
“Saya takut harapan rakyat... mereka fikir saya boleh buat benda sehingga berjaya. Namun, saya akui saya bukan ahli silap mata yang boleh memulihkan serta mencipta kejayaan sekelip mata,” katanya. - BH
Demikianlah Artikel Akhirnya Tun M AKUI TERPAKSA sesuai kan dengan pemikiran LIBERALISME dalam PH
Sekianlah artikel Akhirnya Tun M AKUI TERPAKSA sesuai kan dengan pemikiran LIBERALISME dalam PH kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Akhirnya Tun M AKUI TERPAKSA sesuai kan dengan pemikiran LIBERALISME dalam PH dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/akhirnya-tun-m-akui-terpaksa-sesuai-kan.html
0 Response to "Akhirnya Tun M AKUI TERPAKSA sesuai kan dengan pemikiran LIBERALISME dalam PH"
Posting Komentar