Judul : Saya ada maruah, kata Hishammuddin nafi sertai PPBM
link : Saya ada maruah, kata Hishammuddin nafi sertai PPBM
Saya ada maruah, kata Hishammuddin nafi sertai PPBM
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan beliau kekal setia bersama Umno.
Penjelasan Ahli Parlimen Sembrong itu mematikan spekulasi kononnya beliau antara 40 wakil rakyat Umno yang bakal mengikuti jejak Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed lompat parti menyertai PPBM.
“Saya tegaskan sekali lagi saya tidak akan keluar parti, mungkin dah seorang kurang dari 40 itu.
“Orang putih kata kalau nak tahu ‘actions speak lauder than words’ jadi ‘action’ saya hari ini mana ada keluar parti,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi PPBM Datuk A Kadir Jasin dilaporkan berkata, kira-kira 40 ahli Parlimen Umno mungkin meninggalkan parti itu dan menyertai PPBM kerana mereka sudah beberapa kali menemui Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta kepimpinan tertinggi parti itu, secara berseorangan atau berkumpulan.
Hishammuddin berkata beliau dan ahli Parlimen Umno yang lain mempunyai maruah dan tidak akan mengkhianati parti.
“Setiap wakil rakyat ada maruah mereka, mereka ada maruah mereka masing-masing, boleh tanya,” katanya.
Katanya, khabar angin kononnya wakil Umno akan menyertai PPBM beramai-ramai sengaja dijadikan isu untuk memanaskan keadaan.
“Hari ini buat satu isu, dua, tiga hari panas bila tidak benar mereka alih kepada isu lain pula,” katanya.
Tak terlibat skandal rasuah
Mengulas isu berhubung tawarannya mencari jutawan kontroversi, Low Teak Jho atau Jho Low di China, Hishammuddin menegaskan beliau bukan ingin “lari” daripada siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, beliau tidak terlibat dengan sebarang skandal rasuah yang menuntut SPRM memburunya seperti didakwa beberapa pihak.
“Apa yang SPRM ada (dakwaan) terhadap saya? Saya tak rasuah kalau nak siasat, kenapa SPRM sampai hari ini tak ada panggil saya pun?
“Dalam hal ini saya tak bimbang orang nak cakap apa, cakaplah kalau mereka kata saya takut dengan SPRM, biar SPRM sendiri dedahkan adakah perkara yang mereka nak siasat terhadap diri saya,” katanya.
Beliau menambah akan menjalin kerjasama dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Fuzi Harun bagi menyalurkan maklumat yang diperolehnya berkaitan Jho Low.
“Beliau (Fuzi) juga buat kenyataan sebelum ini bahawa beliau mengalu-alukan apa usaha yang saya boleh secara peribadi bagi bantu mereka dalam siasatan berhubung kait dengan individu berkenaan (Jho Low).”
Hishammuddin bagaimanapun, menjelaskan beliau belum berkesempatan untuk ke China mencari Jho Low.
“Saya tak ada masa sekarang ini tetapi hubungan saya dengan rakan-rakan di sana telah pun dimaklumkan bahawa saya akan ke China dan saya tengok mereka masih lagi mempunyai hubungan yang agak rapat dengan diri saya sendiri.
“Tapi saya tak tahu sebenarnya sama ada Jho Low ini masih ada China atau tidak dan kalau sekiranya masih berada di China mengapa pihak China tak menyerahkan Jho Low kepada kita sebab itu saya difahamkan juga hubungan antara polis kita (PDRM) kita dengan pihak polis di sana juga telah pun diwujudkan satu rangkaian yang agak erat,” katanya. -FMT
Demikianlah Artikel Saya ada maruah, kata Hishammuddin nafi sertai PPBM
Sekianlah artikel Saya ada maruah, kata Hishammuddin nafi sertai PPBM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Saya ada maruah, kata Hishammuddin nafi sertai PPBM dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/saya-ada-maruah-kata-hishammuddin-nafi.html
0 Response to "Saya ada maruah, kata Hishammuddin nafi sertai PPBM"
Posting Komentar