Judul : Peguam tiada masalah perbicaraan Najib disiar langsung
link : Peguam tiada masalah perbicaraan Najib disiar langsung
Peguam tiada masalah perbicaraan Najib disiar langsung
KUALA LUMPUR: Peguam kepada Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiada masalah jika perbicaraan anak guamnya disiarkan secara langsung.
Shafee menerima baik cadangan itu kerana ia membolehkan rakyat mengikuti perbicaraan Najib secara telus.
“Saya tiada masalah. Saya fikir apa-apa perlulah telus. Tiada apa-apa yang perlu disembunyikan,” katanya kepada pemberita di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Najib sebelum ini menyifatkan pendakwaan terhadapnya peluang terbaik untuk membersihkan nama dan membuktikan beliau bukan pencuri.
Najib tampil hari ini bagi pengurusan kes 21 pertuduhan berkaitan SRC International Sdn Bhd dan 1MDB.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali membenarkan kes itu dipindahkan dari Mahkamah Sesyen.
Pendengaran bagi pertuduhan itu ditetapkan pada 29 November ini.
Demikianlah Artikel Peguam tiada masalah perbicaraan Najib disiar langsung
Sekianlah artikel Peguam tiada masalah perbicaraan Najib disiar langsung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peguam tiada masalah perbicaraan Najib disiar langsung dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/peguam-tiada-masalah-perbicaraan-najib.html
0 Response to "Peguam tiada masalah perbicaraan Najib disiar langsung"
Posting Komentar