Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi?

Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi? - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi?
link : Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi?

Baca juga


Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi?

KUALA LUMPUR - Meskipun MCA dilihat menentang gabungan Umno - Pas, MIC pula kelihatan lebih mesra dengan parti dipimpin Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan mengatakan tiada masalah untuk kerjasama dengan Pas dan Ketua Pemudanya, Datuk C Sivarraajh pula senada dengan beliau.

Menurut Sivarraajh, beliau yakin persefahaman dengan Pas membolehkan parti itu menang lebih banyak kerusi dalam pilihan raya akan datang.

“Pendirian MIC sangat jelas, persahabatan dengan Pas sebagai parti pembangkang. Kita memerlukan sokongan dari Pas dalam aspek politik.

“Di kebanyakan kerusi kita bertanding dalam PRU14, Pas turut bertanding di sana dan wujudkan tiga penjuru. Dengan persefahaman bersama Pas, kita percaya boleh menang lebih banyak kerusi,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Ahli Parlimen Cameron Highland itu, MIC selama ini salah anggap kepada Pas dan semuanya berubah selepas mendengar penerangan daripada Abdul Hadi.

“Pas ni di Kelantan tak pernah robohkan kuil. Pas tak pernah hina kaum lain, tak pernah saya dengar pemimpin Pas buat begitu.

“Tapi perjuangan mereka adalah untuk agama, itu biasa tapi dalam masa sama, mereka tak rendahkan agama lain,” ujarnya.

Katanya lagi, kerjasama dengan Pas bukanlah bermakna MIC mahu menyertai parti itu tetapi ia atas dasar mereka sama-sama parti pembangkang.

“Ini adalah satu perkara sihat. Wakil rakyat Pas pun ada bercakap tentang orang India dalam Parlimen, ini sesuatu yang baru,” katanya.

Ketika ditanya berhubung penentangan MCA, Sivarraajh berkata itu merupakan pandangan parti tersebut dan terpulang kepada mereka untuk berfikiran sedemikian.

“MCA ada pandangan sendiri dan terpulang kepada mereka. MIC pun ada pendirian sendiri,” ujarnya - SH


Demikianlah Artikel Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi?

Sekianlah artikel Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi? dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/berkerjasama-dengan-pas-mic-mampu.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Berkerjasama dengan Pas, MIC mampu menang majoriti kerusi?"

Posting Komentar