Judul : Lelaki serang kuil, bunuh 11 Yahudi cedera ditembak
link : Lelaki serang kuil, bunuh 11 Yahudi cedera ditembak
Lelaki serang kuil, bunuh 11 Yahudi cedera ditembak
PITTSBURGH, 19 Safar 1440H, Ahad – Seorang lelaki ditangkap selepas menembak mati sekurang-kurangnya 11 individu dan mencederakan enam yang lain, termasuk empat anggota polis, dalam serangan ke atas sebuah kuil Yahudi, semalam.
Pengarah Keselamatan Awam Polis Pittsburgh, Wendell Hissrich berkata, suspek yang cedera ditembak berada dalam keadaan stabil dan dirawat di hospital.
Ejen khas Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Bob Jones berkata, penyerang menggunakan raifal dan tiga pistol ketika menyerang kuil Tree of Life Synagogue yang sedang menjalankan upacara sabbath di kejiranan Squirrel Hill.
Stesen televisyen KDKA berkata, suspek adalah lelaki berkulit putih dikenali sebagai Robert Bowers berusia dalam lingkungan 40-an.
Dalam kiriman di media sosial Gab sebelum itu, Bowers berkata:
“Pertubuhan pelarian Yahudi, Hebrew Immigrant Aid Society, dilihat membawa penceroboh untuk membunuh orang kita. Saya tidak boleh hanya duduk dan melihat komuniti saya dibunuh.”
Dia juga sebelum itu, mengirim gambar koleksi tiga senjata separuh automatik dengan tajuk ‘keluarga glock saya’, merujuk kepada pengeluar senjata api itu – Glock.
Serangan itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 10 pagi ketika 60 hingga 100 peserta mengambil bahagian dalam upacara sabbath. – Agensi
Demikianlah Artikel Lelaki serang kuil, bunuh 11 Yahudi cedera ditembak
Sekianlah artikel Lelaki serang kuil, bunuh 11 Yahudi cedera ditembak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Lelaki serang kuil, bunuh 11 Yahudi cedera ditembak dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/lelaki-serang-kuil-bunuh-11-yahudi.html
0 Response to "Lelaki serang kuil, bunuh 11 Yahudi cedera ditembak"
Posting Komentar