Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu

Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu
link : Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu

Baca juga


Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu


19 Safar 1440H, Ahad –Keputusan kerajaan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), adalah langkah yang bercanggah dengan Perlembagaan dan bersikap biadap terhadap raja-raja Melayu.
Pensyarah Undang-undang Universiti Teknologi Malaysia kampus Kuala Lumpur, Dr Muhammad Fathi Yusof berkata ICERD adalah perkara yang melibatkan struktur asas Malaysia sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep raja berperlembagaan.
Katanya, walaupun kuasa raja-raja Melayu adalah terhad, namun mana-mana pihak tidak boleh mengabaikan peranan dan kedudukan mereka, kerana hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera termasuk dalam kuasa raja-raja Melayu.
“Setiap negara ada sejarah tersendiri. Di Malaysia, wujud hak istimewa untuk orang Melayu dan Bumiputera sebagai makanisme perlindungan yang telah dipersetujui dalam perundingan Merdeka. Ia berkait rapat dengan kelonggaran dalam hal kewarganegaraan waktu itu. Ia juga berperanan bagi mengimbangi kekuatan ekonomi kaum-kaum di Malaysia.
“Persoalan bila hak istimewa ini akan terus diberikan adalah satu perkara yang boleh dibincangkan secara dalaman tanpa perlu diikat dengan satu kawalan dari luar. Bagi menghormati kemerdekaan Malaysia sebagai sebuah negara berdaulat dan berprinsip, maka kerajaan tidak sepatutnya meratifikasi ICERD,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.
Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, Kerajaan komited untuk mengesahkan enam triti hak asasi manusia, termasuk ICERD pada suku pertama tahun depan.
“Saya ingin menyatakan bahawa meratifikasi konvensyen-konvensyen ini termasuk ICERD adalah selaras dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).
“Komitmen ini bukan sahaja diberi oleh saya tetapi juga Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr Mujahid Rawa. Ia diperkukuhkan lagi oleh kenyataan Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baru-baru ini,” katanya.
Mengulas lanjut Dr Fathi berkata, tidak ada keperluan pun untuk kerajaan membuat ratifikasi konvensyen berkenaan, kerana hakikatnya tidak ada sebarang kezaliman yang berlaku atas sebab diskriminasi atau penindasan kaum.
“Peruntukan Perkara 8 Perlembagaan Malaysia yang menjamin hak persamaan dari aspek agama, bangsa, keturunan dan tempat lahir sudah cukup kuat melindungi rakyat Malaysia. Kenapa kita perlu bergantung kepada undang-undang antara bangsa dalam soal dalaman negara kita sendiri,” soalnya.
Justeru beliau menasihatkan supaya semua pihak terbabit berhati-hati dengan agenda campur tangan asing atas alasan hak asasi manusia, kononnya dianggap bersifat sejagat atau universal.
“Namun realitinya sebahagian daripada konsep hak asasi dibina mengikut falsafah dan sistem nilai benua dan negara tertentu, tidak sesuai dengan sistem nilai di negara lain. Usaha pemaksaan sesuatu sistem nilai bagi penduduk dunia yang pelbagai agama, budaya dan bangsa adalah satu langkah yang tidak wajar.
“Amalan LGBT misalnya, kini diiktiraf sebagai satu amalan yang diterima baik di Barat, tetap dianggap bermasalah bagi negara yang berpegang dengan prinsip agama. Dalam hal seperti ini pemaksaan amalan seragam di semua negara seluruh dunia tentunya sesuatu yang tidak wajar,” katanya. Ismaweb


Demikianlah Artikel Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu

Sekianlah artikel Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/pensyarahratifikasi-icerd-langkah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Pensyarah:Ratifikasi ICERD langkah biadab terhadap raja-raja Melayu"

Posting Komentar