Judul : Ratifikasi ICERD: MPM hantar memo kepada Majlis Raja-Raja
link : Ratifikasi ICERD: MPM hantar memo kepada Majlis Raja-Raja
Ratifikasi ICERD: MPM hantar memo kepada Majlis Raja-Raja
999 is a good person gsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada suku pertama tahun depan.
Setiausaha Agung MPM, Prof Datuk Dr Hasan Mad berkata, memorandum itu akan disediakan secara bersama oleh lebih 200 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan akan diserahkan dalam masa dua minggu lagi.
“MPM bimbang kalau berlaku ratifikasi, langkah seterusnya ialah kemungkinan peruntukan Perlembagaan akan dipinda, termasuk Perkara 153 (mengenai kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera).
“Perkara ini tidak boleh dipinda atau dibuat apa-apa, tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Mengulas lanjut, Hasan mendakwa kerajaan melahirkan hasrat melakukan ratifikasi itu berikutan pihak pembangkang dilihat agak ‘lemah’.
Dalam kenyataan kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, langkah meratifikasikan konvensyen itu, termasuk ICERD, adalah selaras dengan manisfesto Pakatan Harapan (PH).
Sementara itu, Ketua Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra), Azril Mohd Amin berkata, triti itu sendiri perlu dikaji semula dengan teliti dan tidak boleh diterima secara bulat-bulat kerana susunan kata, takrifan dan model penyediannya tidak semestinya sesuai dengan keunikan yang terdapat di Malaysia dari segi keadaan, budaya dan struktur undang-undang.
“Malah, kita boleh gubal undang-undang dan peraturan kita sendiri untuk menangani isu yang disentuh triti itu secara lebih berkesan dan dengan cara yang lebih mantap untuk menegakkan kedaulatan Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini.
Kerajaan, tegas beliau, perlu benar-benar prihatin untuk mencapai hasil positif bagi Malaysia dan rakyatnya.
“Kelulusan antarabangsa tidak seharusnya dicari dengan memberi ratifikasi secara menyeluruh terhadap triti berkenaan kerana kecekapan kita dalam menangani isu itu sendiri sudah memadai untuk mengembalikan nama baik dan prestij negara kita di seluruh dunia,” katanya.
Beliau seterusnya berkata:
“Tentunya, kita mampu mempamerkan kepimpinan dalam menyelesaikan masalah, bukan semata-mata dengan menerima pakai rangka kerja perundangan berkaitan triti itu, yang dianggap ‘satu saiz sesuai untuk semua’, kerana ia dirangka oleh orang lain yang tidak tahu mengenai keperluan khusus masyarakat kita.”
Katanya, Centhra berpendapat menangani isu yang diliputi triti berkenaan memerlukan kajian berkaitan pascaratifikasi dibuat selama bertahun-tahun bagi memastikan pematuhannya adalah sesuai dalam konteks Malaysia.
“Oleh itu, langkah tergesa-gesa meratifikasikannya adalah tidak berasas. Lebih baiklah kita tumpukan masa dan tenaga kita untuk menangani isu itu sendiri, tanpa mengalah kepada tekanan agar kita meratifikasinya kerana apabila kita sudah meratifikasikannya, dengan serta-merta kita akan terdedah kepada lebih banyak tekanan berkaitan perlaksanaannya,” kata beliau. – Bernama
Demikianlah Artikel Ratifikasi ICERD: MPM hantar memo kepada Majlis Raja-Raja
Sekianlah artikel Ratifikasi ICERD: MPM hantar memo kepada Majlis Raja-Raja kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ratifikasi ICERD: MPM hantar memo kepada Majlis Raja-Raja dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/ratifikasi-icerd-mpm-hantar-memo-kepada.html
0 Response to "Ratifikasi ICERD: MPM hantar memo kepada Majlis Raja-Raja"
Posting Komentar