Judul : DAP berjaya Kesan Rancangan Tun M? Risau Melayu KUASAI PH? DAP tak setuju PH terima MP UMNO
link : DAP berjaya Kesan Rancangan Tun M? Risau Melayu KUASAI PH? DAP tak setuju PH terima MP UMNO
DAP berjaya Kesan Rancangan Tun M? Risau Melayu KUASAI PH? DAP tak setuju PH terima MP UMNO
Pengerusi DAP, Tan Kok Wai. - NSTP/Rosela Ismail |
KUALA LUMPUR: DAP tidak bersetuju dengan tindakan mana-mana parti komponen Pakatan Harapan (PH), menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti.
Pengerusi DAP, Tan Kok Wai berkata, tindakan menerima Ahli Parlimen UMNO disifatkan sebagai amalan tidak sihat, apatah lagi usia kemenangan PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu belum menjangkau enam bulan.
“DAP tidak pasti sama ada lebih ramai Ahli Parlimen UMNO akan menyertai parti komponen PH, termasuk DAP sendiri.
“Namun, kami tidak menggalakkannya kerana tindakan menerima mereka yang mahu melompat parti ini bukan sesuatu amalan yang sihat, memandangkan belum pun enam bulan sejak PRU yang lalu,” katanya ketika berucap pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutuan 2018 di ibu pejabat DAP di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab isu dibangkitkan seorang perwakilan DAP Wilayah Persekutuan yang bimbang dengan tindakan bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), semalam.
Perwakilan itu bimbang dengan kemungkinan lebih ramai ahli UMNO, yang kebanyakannya disifatkan sebagai pencetus masalah, akan menyertai BERSATU dan menyebarkan budaya parti Melayu itu dalam Pakatan Harapan (PH).
Semalam, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin, mendakwa seramai 40 Ahli Parlimen UMNO dipercayai akan meninggalkan parti itu untuk menyertai BERSATU tidak lama lagi.
Mengulas lanjut, Kok Wai berkata, pimpinan DAP tidak dapat mengesahkan dakwaan A Kadir yang juga tokoh wartawan itu, benar atau sebaliknya.
“Berdasarkan pemahaman kami, BERSATU tidak semestinya menerima Ahli Parlimen UMNO yang mahu melompat parti, seperti yang diramal beberapa pihak,” katanya. - BH
Demikianlah Artikel DAP berjaya Kesan Rancangan Tun M? Risau Melayu KUASAI PH? DAP tak setuju PH terima MP UMNO
Sekianlah artikel DAP berjaya Kesan Rancangan Tun M? Risau Melayu KUASAI PH? DAP tak setuju PH terima MP UMNO kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel DAP berjaya Kesan Rancangan Tun M? Risau Melayu KUASAI PH? DAP tak setuju PH terima MP UMNO dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/dap-berjaya-kesan-rancangan-tun-m-risau.html
0 Response to "DAP berjaya Kesan Rancangan Tun M? Risau Melayu KUASAI PH? DAP tak setuju PH terima MP UMNO"
Posting Komentar