Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy

Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy
link : Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy

Baca juga


Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy

BUKIT MERTAJAM - Armada Bersatu Pulau Pinang mengecam penganjuran program bicara mengenai penghijrahan Tamil dari India ke Semenanjung Tanah Melayu, Ahad lalu.

Ketuanya, Muhd Shameer Sulaiman berkata, pihaknya mendapati poster program ada menyelitkan perkataan Tamadun Lembah Bujang merupakan bukti penghijrahan kaum Tamil ke Semenanjung Tanah Melayu sejak zaman silam yang boleh mengelirukan orang ramai dan memesongkan fakta sejarah.

Menurutnya, program bicara tersebut dirasmikan Timbalan Ketua Menteri II, Dr P Ramasamy dan dikendalikan Dr Subashini Kanagasundaram.

“Kerajaan negeri perlu sensitif dengan penganjuran program seperti ini yang mampu mengelirukan warga Malaysia malah boleh mengancam perpaduan kaum di negara ini.

“Ini bukan kali pertama Timbalan Menteri II Pulau Pinang terjebak dalam kontroversi yang melibatkan kaum dan agama di negara ini malah sentimen yang hampir sama juga pernah terlanjur disebut Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran beberapa bulan lalu kononnya Melayu pula dianggap sebagai pendatang,” katanya.

Muhd Shameer berkata, elemen memutar-belitkan fakta sejarah seperti ini tidak lain dan tidak bukan mempunyai tujuan subversif untuk mencabar status Bumiputera.

Beliau berkata, jangan menjadikan slogan Malaysia Baharu sebagai alasan untuk cuba mengubah asas-asas kenegaraan Malaysia ini.

“Perlu dibezakan antara agama dengan bangsa serta kaum. Dalam konteks Tamadun Lembah Bujang, ia tamadun nenek moyang Melayu Kedah di mana komuniti silam tersebut menganut agama Hindu sepertimana majoriti sub-etnik rumpun Melayu yang lain di Nusantara ini di zaman pra Islam, termasuklah hampir semua keturunan pribumi di kawasan Indo China yang turut mengamalkan asas kebudayaan silam dari agama Hindu-Buddha yang dibawa dari benua India dalam suatu proses yang dinamakan Indianisasi (Indianization).

“Asas agama Hindu itu sendiri seperti kitab Veda juga berasal dari kaum Aryan yang datang dari utara luar benua India,” katanya.

Tambahnya, kehadiran etnik Tamil dalam sejarah Nusantara dicatatkan bermula dari pencerobohan Kerajaan Chola pada 1025 ke atas Empayar Srivijaya, di mana Kedah merupakan salah satu pusat kerajaan Melayu tersebut.

Katanya, penjajahan Kerajaan Chola di Kedah tidak bertahan lama apabila mereka berundur kembali ke benua India.

“Namun yang pasti pencerobohan mana-mana kuasa asing terhadap Nusantara ini tidak boleh disalah tafsir sebagai penghijrahan (migrasi) kerana ia merupakan dua definisi berbeza,” katanya. - SH


Demikianlah Artikel Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy

Sekianlah artikel Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/armada-ppbm-kecam-cubaan-pesong-fakta.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Armada PPBM KECAM cubaan Pesong Fakta Sejarah KEDATANGAN Tamil ke Tanah Melayu dirasmi TKM P.Pinang P Ramasamy"

Posting Komentar