Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib

Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib
link : Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib

Baca juga


Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Razak meminta Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi fakta yang jelas mengenai kemampuan Kerajaan Kelantan untuk membayar gaji kepada kakitangannya.
Sebaliknya, Ahli Parlimen Pekan itu memberitahu Kelantan mempunyai kemampuan bagi menunaikan tanggungjawab itu walaupun beliau tidak dapat memberi maklumat yang jelas.
"Kerajaan Kelantan ada kemampuan untuk membayar gaji kepada kakitangannya, tetapi saya tidak dapat jelaskan faktanya yang sebenar kerana saya tidak ingat.
"Tetapi Menteri Kewangan perlu memberi penjelasan yang sebenar kerana semua fakta mengenai perkara ini berada di bawah tanggungjawab beliau," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Awang Hashim (PAS-Pendang) yang mencelah pada sesi perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11, pagi tadi.
Awang meminta agar Najib menjelaskan perkara sebenar terhadap tuduhan Lim Guan Eng yang mempertikaikan kemampuan Kelantan membayar gaji kakitangannya apatah lagi melaksanakan projek mega.
"Kita minta Pekan selaku bekas Perdana Menteri memberi penjelasan terhadap tuduhan Menteri yang mendakwa Kelantan gagal membayar gaji kepada kakitangannya.
"Berapa kali Kelantan minta duit dari kerajaan lalu, Barisan Nasional (BN), tidak termasuk 'allocation grant' kerana semua negeri dapat geran ini," katanya.
Isu tersebut timbul apabila Ahli Parlimen Kota Bharu, Dato' Takiyuddin Hassan, semalam mencadangkan kepada kerajaan agar negeri di Pantai Timur melakukan sendiri projek ECRL.
Beliau meminta pandangan kerajaan jika projek tersebut yang kini dihentikan sementara perundingan atau pending negotiation dilaksanakan oleh ketiga-tiga kerajaan negeri. - HARAKAHDAILY 23/10/2018


Demikianlah Artikel Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib

Sekianlah artikel Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/kelantan-mampu-bayar-gaji-kata-najib.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kelantan mampu bayar gaji, kata Najib"

Posting Komentar