Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London

Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London
link : Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London

Baca juga


Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London



KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, diminta memberi penjelasan berhubung tindakan Penasihat Khasnya yang bertindak di luar bidang kuasa dengan membawa rombongan rasmi ke luar negara.
Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata tindakan terbabit dikhuatiri mampu menjejaskan hubungan antara dua negara apabila Malaysia hanya menghantar seorang yang bertaraf penasihat untuk bertemu menteri atau pegawai tertinggi kementerian luar negara berkenaan.
Katanya keadaan itu juga seolah-olah mengambil alih tugas sedangkan ia adalah tugas menteri dan timbalan menteri.
Apabila seorang menteri hendak ke luar negeri untuk lawatan kerja secara rasmi, satu kertas Kabinet perlu dibentangkan di mesyuarat mingguan Kabinet untuk kelulusan. Ini juga bertujuan bagi mendapat kelulusan bajet.
“Segala-galanya diatur dengan teliti supaya hubungan dua hala dengan negara terbabit dijaga dengan baik. Manakala bajet juga dijaga bagi tiada pembaziran.
“Sebelum ini, ketika saya menjawat jawatan Menteri Pendidikan, hanya menteri, timbalan menteri atau Ketua Pengarah Pelajaran saja yang melakukan lawatan kerja ke luar negara untuk membuat kajian sebarang sistem persekolahan di negara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Mahdzir juga hairan apabila ada seorang penasihat kepada menteri membuat lawatan ke luar negara untuk membuat kajian memahami sistem persekolahan di United Kingdom.
“Dari segi bajet juga boleh dipersoalkan, pihak mana yang meluluskan bajet untuk lawatan kerja ke luar negara ini.
“Ketika Menteri Ekonomi menyarankan kerajaan perlu berjimat cermat, tiba-tiba ada penasihat menteri pula melakukan lawatan.
“Justeru Menteri Pendidikan perlu memberikan penjelasan yang telus,” katanya.
Sebelum ini, tular Penasihat Khas Menteri Pendidikan, Wan Saiful Wan Jan, membawa satu delegasi ke London, United Kingdom bagi lawatan kerja.
Beliau yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), memuat naik beberapa keping gambar di akaun Twitter bagi lawatan terbabit. - BH


Demikianlah Artikel Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London

Sekianlah artikel Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/maszlee-kena-jawab-tular-penasihat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Maszlee Kena Jawab: Tular Penasihat Menteri ke London"

Posting Komentar