Judul : Rizab Antarabangsa BNM lesap lagi RM832 juta
link : Rizab Antarabangsa BNM lesap lagi RM832 juta
Rizab Antarabangsa BNM lesap lagi RM832 juta
Rizab Antarabangsa BNM lesap lagi RM832 juta.. Kemana perginya nilai jutaan tersebut lesap
KUALA LUMPUR: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) turun 0.19 peratus kepada AS$102.8 bilion (RM426.1 bilion) pada 15 Oktober berbanding AS$103 bilion pada 28 September lalu selepas mengambil kira perubahan dalam penilaian.
BNM dalam satu kenyataan berkata, kedudukan rizab terkini itu memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 0.9 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak AS$97 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.1 bilion), emas (AS$1.5 bilion), dan aset rizab lain (AS$2.3 bilion).
BNM berkata aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain termasuk SDR berjumlah RM426.07 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.04 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset lain (RM7.54 bilion).
Liabiliti pula terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab tunai (RM133.85 bilion), mata wang dalam edaran (RM103 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM167.90 bilion), deposit dengan kerajaan Persekutuan (RM10.28 bilion) deposit lain (RM685.88 bilion), kertas BNM (RM21.81 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion), dan liabiliti lain (RM2.79 bilion).
– BH
Demikianlah Artikel Rizab Antarabangsa BNM lesap lagi RM832 juta
Sekianlah artikel Rizab Antarabangsa BNM lesap lagi RM832 juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Rizab Antarabangsa BNM lesap lagi RM832 juta dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2018/10/rizab-antarabangsa-bnm-lesap-lagi-rm832.html
0 Response to "Rizab Antarabangsa BNM lesap lagi RM832 juta"
Posting Komentar