PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan

PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan
link : PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan

Baca juga


PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan

PENGERUSI Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris. - Foto Rozainah Zakaria
MARANG: Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum dan Peguam Negara, Tommy Thomas diminta melepaskan jawatan selepas kredibiliti institusi badan kehakiman dan sistem keadilan negara didakwa tercalar.
Ia berikutan tersebarnya video dua individu berkenaan rancak menari seperti ditularkan melalui media sosial sejak kelmarin.
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) negeri, Datuk Razali Idris, berkata penyebaran klip video membabitkan pengamal undang-undang tertinggi menari itu tidak boleh dianggap sebagai isu bangsa dan agama.
Tindakan oleh ketua jabatan tertinggi badan kehakiman dan Jabatan Peguam negara itu sedikit sebanyak boleh memberi kesan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Walaupun ramai beranggapan majlis tari menari yang turut membabitkan ketua jabatan kehakiman dan ketua peguam negara diadakan sempena Majlis Makan Malam Gala pengamal undang-undang adalah isu biasa, tetapi pembabitan mereka tidak disenangi seluruh pimpinan parti di peringkat akar umbi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Bicara Profesional sempena Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) negeri di Auditorium Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur, di sini, hari ini.
Perasmian disempurnakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.
Razali yang juga Ahli Dewan Negara berkata demikian ketika mengulas penularan klip video yang memaparkan Richard dan Tommy sedang rancak menari sejak Ahad lalu.
“Richard dan Tommy dinasihatkan untuk meletak jawatan secara sukarela kerana kelakuannya itu memalukan kepemimpinan negara Malaysia Baharu.
“Peletakan jawatan secara sukarela oleh dua ketua jawatan tertinggi dalam kerajaan itu perlu dijadikan pengajaran kepada semua penjawat awam,” katanya. - BH


Demikianlah Artikel PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan

Sekianlah artikel PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2019/01/ppbm-minta-ketua-hakim-negara-peguam.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "PPBM Minta Ketua Hakim Negara, Peguam Negara lepaskan jawatan"

Posting Komentar