Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan

Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan
link : Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan

Baca juga


Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan


1. SISTERS in Islam menggesa supaya amalan sunat bayi perempuan diharamkan. Menurut mereka, amalan sunat yang diamalkan oleh umat Islam ini tidak mempunyai faedah dari aspek perubatan.
2. Dari aspek hukum, amalan sunat ke atas bayi perempuan adalah termaktub di dalam syarak. Rasulullah bersabda dalam sebuah hadith sahih:
وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
“Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.” (HR Muslim)
Hadith ini menggambarkan bagaimana yang berkhatan itu bukan sahaja lelaki bahkan perempuan.
3. Perkara ini disokong oleh hadith Ummu Atiyyah yang menyebutkan:
حديث أم عطية رضي الله عنها قالت: إن امرأة كانت تختن بالمدينة، فقال لها النبي صلى الله عليه وسلم: “لا تنهكى، فإن ذلك أحظى للزوج، وأسرى للوجه”
“Ummu Atiyyah berkata: Sesungguhnya para wanita (mengamalkan) khatan di Madinah, lalu Rasulullah berpesan: Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.” (HR Abu Daud)
4. Hadith yang hampir sama juga diriwayatkan oleh Ummu Habibah. Ummu Habibah terkenal dengan tugasannya sebagai bidan dalam perkara ini. Rasulullah bertanya tentang perbuatannya menjalankan khitan perempuan. Lalu Ummu Habibah berkata:
إلا أن يكون حراماً فتنهانى عنه، فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “بل هو حلال، فادني منى حتى أعلمك”
“Kata Ummu Habibah: Sekiranya (berkhatan wanita) adalah haram, maka Rasulullah sudah pasti melarangku (dari melakukannya). Bahkan Rasulullah berkata: Ia adalah sesuatu yang halal. Dan Rasulullah memanggil Ummu Habibah lalu berkata: Mari dekat sini, aku ingin berpesan kepadamu tentangnya.” Lalu Rasulullah mengajar Ummu Habibah perkara yang sama seperti yang dinyatakan oleh Ummu Atiyyah dalam hadith di atas (no 3). (HR al-Bayhaqi)
5. Dalam mazhab al-Syafie pula, hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie. Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil).
Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat.
(Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/300-301) oleh Imam al-Nawawi)
6. Menurut Mufti Wilayah persekutuan, hukum khitan bayi perempuan ini adalah wajib. Beliau menyebutkan:
“Kami mentarjihkan (mengutamakan/mengesahkan) pendapat bahawa wajib hukumnya berkhatan bagi lelaki dan perempuan.”
(Sumber: http://www.muftiwp.gov.my/…/1336-al-kafi-419-hukum-berkhata…)
7. Benarkah isu sunat bayi perempuan ini mempunyai masalah dari aspek perubatan? Perkara ini telah dijelaskan oleh Prof Dr. Rafidah Hanim dan Dr. Saadah Khair, sahabat-sahabat kami di USIM. Sila baca artikel mereka: http://bit.ly/2sOR998
7. Akhir sekali, banyak betul perkara yang berkaitan dengan Islam mula dipertikaikan oleh pihak-pihak tertentu. Amalan khatan yang ada dalil pensyariatannya turut mula ingin dibincangkan semula atau dilarang. Yang menghairankan, amalan LGBT tidak pula dilarang sedangkan dalil pengharamnya adalah jelas.
Moga Allah membimbing kita semua.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi


Demikianlah Artikel Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan

Sekianlah artikel Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan dengan alamat link http://beritawawancara.blogspot.com/2019/01/sisters-in-islam-gesa-amalan-bersunat.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sisters in Islam gesa amalan bersunat diharamkan"

Posting Komentar