Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar

Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar
link : Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar

Baca juga


Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar


KUCHING: Penyebaran maklumat menerusi aplikasi WhatsApp bahawa Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas dilantik sebagai Pemangku Ketua Menteri Sarawak adalah tidak benar.
Jurucakap Jabatan Ketua Menteri berkata berdasarkan pemeriksaan beliau dengan Astana Negeri, maklumat itu didapati tidak benar.
"Maklumat itu tidak benar. Saya sudah periksa dengan pegawai Astana Negeri," katanya.
Maklumat itu menjadi tular menerusi aplikasi WhatsApp berikutan kematian Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, 72, di Pusat Jantung Kota Samarahan, di sini pada 1.20 tengah hari Rabu akibat komplikasi jantung.
Sementara itu, Pejabat Yang Dipertua Negeri Sarawak dalam satu kenyataan petang Rabu turut menafikan maklumat mengenai pelantikan tersebut serta pergerakan upacara pengebumian Adenan pada Khamis.
"Pejabat Yang Dipertua Negeri Sarawak (Astana Negeri) pada Rabu menafikan bahawa ada melantik mana-mana kakitangan mewakili Pejabat Astana Negeri untuk membuat kenyataan pemangkuan Ketua Menteri dan pergerakan majlis pengebumian Ketua Menteri Sarawak Adenan," kata kenyataan tersebut.
"Kenyataan yang dibuat di media sosial adalah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab dan menggunakan nama pejabat tersebut untuk mendapat perhatian," kata kenyataan itu.
Untuk pengetahuan awam, Pejabat Yang Dipertua Negeri tidak terlibat dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri dan Politik Negeri Sarawak, kata kenyataan itu. - BERNAMA


Demikianlah Artikel Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar

Sekianlah artikel Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/01/berita-pelantikan-pemangku-ketua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Berita Pelantikan Pemangku Ketua Menteri Sarawak Tidak Benar"

Posting Komentar