Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika

Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika
link : Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika

Baca juga


Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani arahan eksekutif menghalang rakyat tujuh negara majoriti Islam memasuki Amerika.  – Gambar Reuters
WASHINGTON, 30 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Lima warga Iraq dan seorang Yaman dihalang menaiki pesawat Egypt Air dari Kaherah ke New York semalam, selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menghentikan kemasukan warga asing dari tujuh negara Islam.
Sumber berkata, penumpang berkenaan tiba menerusi penerbangan transit ke lapangan terbang Kaherah, dihalang dan diarah menaiki pesawat pulang ke negara masing-masing, walaupun memiliki visa yang sah.
Jumaat lalu, Trump menangguhkan selama empat bulan kebenaran kemasukan kepada mana-mana pelarian dan pendatang asing ke AS, mengharamakan sementara pelancong dari Syria dan enam negara Islam lain iaitu Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman memasuki AS – bertujuan menghalang AS daripada serangan pengganas.
Trump berkata, tindakan terbesar beliau sejak menduduki Rumah Putih ialah menyekat kemasukan pelawat dari tujuh negara sekurang-kurangnya 90 hari, akan memberi masa kepada pentadbirannya untuk mengkaji bagi memperketatkan lagi peraturan terhadap pelarian, pendatang dan pelawat.
“Saya menetapkan tapisan baharu untuk memastikan pengganas Islam yang radikal keluar dari Amerika. Tidak mahu mereka di sini,” kata Trump.
Larangan itu, walaupun sementara, berkuat kuasa serta-merta, menyebabkan kekacauan dan kekeliruan kepada pemegang pasport tujuh negara berkenaan yang merancang melawat AS.
Satu kumpulan di AS berkata, mereka akan mencabar tindakan itu di mahkamah hari ini.
Majlis Hubungan Islam-Amerika pula berkata, arahan itu menyasarkan umat Islam kerana kepercayaan mereka – bertentangan dengan Perlembagaan AS yang memberi hak kebebasan beragama.
Kumpulan peguam bela muslim juga menasihatkan pemegang ‘kad hijau’ supaya mendapatkan nasihat imigresen sebelum keluar dari negara itu, atau ketika hendak pulang.
Sementara itu, Iran dilaporkan bertindak balas dengan tidak membenarkan rakyat AS memasuki negara itu.
“Sementara menghormati hak rakyat Amerika dan membezakan mereka dengan dasar bermusuhan kerajaan Amerika Syarikat, Iran akan melaksanakan prinsip timbal balik sehingga tindakan AS terhadap warga Iran ditarik balik,” kata kenyataan Kementerian Luar Iran. – Agensi

- ismaweb


Demikianlah Artikel Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika

Sekianlah artikel Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/01/trump-mula-halang-umat-islam-7-negara.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Trump mula halang umat Islam 7 negara masuk Amerika"

Posting Komentar