Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi

Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi
link : Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi

Baca juga


Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi


29 Rabiulakhir 1438H, Sabtu – Penambahan Rukun Negara sebagai mukadimah Perlembagaan hanya akan menambah kekaburan dan komplikasi terhadap dokumen negara itu, kata Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Aminuddin Yahya.
Beliau berkata, Perlembagaan adalah dokumen yang “supreme” yang mana darinya terwujudnya perundangan-perundangan yang lain.
Justeru, menambah apa-apa prasa di dalamnya memerlukan kajian amat teliti kerana implikasinya sangat besar di hadapan, tegas Aminuddin.
“Saya melihat perkara ini perlu diteliti dengan halus dan dikaji oleh semua pihak bukan hanya segelintir individu yang kita tahu selama ini mereka membawa fahaman liberal agama.
“Sehingga kini tidak ada perbincangan yang menyeluruh terhadapnya. Puak-puak agama Islam tidak dibawa berbincang yang menjadikan ia menimbulkan persoalan apakah objektif kumpulan ini?,” solanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Aminuddin berkata demikian sebagai mengulas gerakan Rukun Negara Sebagai Mukadimah Perlembagaan (RMP), diketuai oleh Dr Chandra Muzaffar, yang cuba mendapat sokongan ramai sebelum diusulkan kepada Majlis Raja-Raja Melayu.
Beliau berkata, sekiranya objektif mereka adalah untuk mencapai perpaduan kaum, lantas beliau mempersoalkan samada apakah perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan itu tidak cukup untuk mewujudkan perpaduan kaum.
“Alasan yang diberikan hanyalah sekadar untuk membawa perpaduan kaum dan Rukun Negara ini mereka lihat sebagai asas penting untuk dimasukkan dalam Perlembagaan.
“Rukun Negara diwujudkan selepas peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 sedangkan Perlembagaan diwujudkan ketika kemerdekaan negara.
“Ertinya, Rukun Negara adalah sangat spesifik kepada kejadian tersebut sedangkan Perlembagaan membawa skop yang lebih luas, menyeluruh dan berjangka panjang,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pernyataan di dalam Rukun Negara terlalu umum akan mengundang pelbagai tafsiran.
“Contoh “kepercayaan kepada Tuhan”. Ia tidak menyebut Islam dimana-mana sedangkan dalam Perlembagaan jelas Islam disebut sebagai agama Persekutuan.
“Ada yang menafsirkan bahawa Rukun Negara ini membawa pendekatan liberal yang membawa ideologi bahawa semua agama adalah sama, ingin kepada kebaikan. Ini sangat salah dari aspek penyamaannya.
“Ironi nya orang yang mendakwa kasih mereka kepada Islam dan kononnya mengatakan Rukun Negara ini tidak akan menjejaskan Islam, orang yang sama juga menentang RUU355 walaupun ia selaras dengan 3{1).
“Yang lebih dibimbangi ialah ini merupakan anasir yang cuba untuk mencairkan kemuliaan agama Islam dan jatidiri umat Islam secara halus kerana jika silap penafsiran maka akan membawa pemikiran pluralisme dan liberalisme dalam Perlembagaan yang akhirnya akan menjejaskan pandangan mahkamah yang menjadikan Perlembagaan sebagai bahan rujukan dan sandaran,” katanya. - ismaweb


Demikianlah Artikel Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi

Sekianlah artikel Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/01/jadikan-rukun-negara-mukadimah.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jadikan Rukun Negara mukadimah Perlembagaan tambah kekaburan, komplikasi"

Posting Komentar