Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela

Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela
link : Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela

Baca juga


Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela


MUKADIMAH 

PELBAGAI usaha dijalankan kerajaan bagi membanteras kegiatan penyeludupan terutama di kawasan sempadan negara termasuk mengatur strategi baharu dan menjenamakan semula agensi serta pasukan yang dipertanggungjawabkan dalam mengawal kawasan terbabit. 

Namun, apa yang menyedihkan, kawasan sempadan kira-kira sepanjang 108 kilometer yang memisahkan negara ini dan Thailand bermula dari Bukit Arang sehingga Bukit Batu Puteh, Perlis amat mudah dibolosi penyeludup. 

Pagar sempadan di sepanjang kawasan terbabit berlubang-lubang, malah pintu utama sempadan iaitu di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar turut menjadi laluan sindiket penyeludupan. 

Ikuti laporan wartawan Mingguan Malaysia, MOHAMMAD YASIR JAAFAR yang membongkar kegiatan dan modus operandi sindiket penyeludupan di Padang Besar, Perlis - Wilayah Satun, Thailand yang bukan sahaja merugikan dari aspek ekonomi, malah membawa ancaman terhadap keselamatan negara. 


KANGAR 28 Jan. - Hanya dalam tempoh lima minit, sekumpulan lelaki selesai mengangkut ratusan guni putih yang dicampakkan di pagar sempadan sebelum dimuatkan dalam kenderaan yang menunggu di sebelah Thailand. 

Itulah keadaan yang berlaku setiap hari di sepanjang pagar sempadan Padang Besar-Thailand yang menyaksikan sindiket begitu bebas menyeludup masuk dan membawa keluar pelbagai jenis barangan seperti daun ketum, bahan bersubsidi, barangan bercukai termasuk dadah dan senjata api. 

Lebih mengejutkan, kegiatan itu dijalankan secara terang-terangan di kawasan awam dan tanah lapang, malah turut berlaku berhampiran kawasan Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) kedua-dua belah negara. 

Hasil tinjauan Mingguan Malaysia mendapati pagar dawai yang menjadi pemisah bagi Padang Besar dan Wilayah Satun, Thailand itu banyak dipotong dan dilubangkan sekali gus menjadi laluan utama bagi kumpulan penyeludup membawa masuk dan keluar apa jua barangan. 

Malah paling menyedihkan, beberapa kawasan yang sudah dikenal pasti sebagai laluan utama penyeludup turut dibina kubu dan pos pengawal pasukan kese­lamatan, namun tiada anggota yang berada di lokasi terbabit. Itu secara tidak langsung membolehkan ahli sindiket penyeludup terbabit menjalankan ke­giatan mereka pada bila-bila masa sehingga penduduk tempatan juga seperti tidak hairan dengan aktiviti kumpulan terbabit kerana menganggap perkara itu bukan sesuatu yang baharu. 

Menurut sumber, kegiatan itu sudah berlanjutan sejak sekian lama dan kian berleluasa berikutan tiada pengawasan dan kelemahan penguatkuasaan. 

“Masalah ini bukan sahaja meru­gikan kerajaan dari segi kutipan cukai termasuk terpaksa menanggung kos membaiki pagar yang ‘bocor’, malah amat membimbangkan dari segi keselamatan apabila barangan terlarang seperti dadah serta senjata api amat mudah diseludup keluar dan masuk ke negara ini. 

“Bayangkan mereka (penyeludup) ini tetap beroperasi walaupun di siang hari secara terbuka tanpa risau dicekup pihak berkuasa,” katanya. 

Ditanya punca utama masalah terbabit berlaku, sumber memberitahu, antaranya adalah kerana kelemahan penguatkuasaan dan tidak menolak kemungkinan telah ‘dibayar’ oleh sindiket berkenaan. 

“Mereka bijak dua-dua belah penguat kuasa (Malaysia dan Thailand) sudah ‘dibayar’. 

Maka tidak hairanlah penguat kuasa bersikap ‘tutup mata’. 

“Boleh dikatakan sempadan ini ‘milik’ gengster, mereka boleh bawa masuk dan keluar apa jenis barangan termasuk menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI),” ujarnya.

Sehubungan itu tambah sumber, kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi menangani masalah terbabit termasuk menyusun semula strategi demi memastikan tahap pengawasan sempadan berada pada tahap optimum. 

- www.utusan.com.my


Demikianlah Artikel Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela

Sekianlah artikel Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/01/sempadan-dikuasai-gengster-penyeludup.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sempadan dikuasai gengster, Penyeludup bermaharajalela"

Posting Komentar