Judul : Perang China-AS bakal jadi realiti
link : Perang China-AS bakal jadi realiti
Perang China-AS bakal jadi realiti
BEIJING, 30 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Peperangan antara dua kuasa besar China dan Amerika Syarikat bakal menjadi realiti, kata seorang pegawai tentera negara komunis itu.
“Berperang dengan Amerika di bawah pimpinan Donald Trump bukan lagi slogan, tapi akan menjadi realiti,” kata pegawai itu dalam satu kenyataan di laman web rasmi People’s Liberation Army.
Media antarabangsa melaporkan, kenyataan rasmi Jabatan Mobilisasi Pertahanan China turut meminta AS menyemak semula strateginya di kawasan Asia Pasifik.
“Kenyataan itu juga meminta kerahan tenaga dilakukan bagi mengawal Laut China Selatan dan sistem pertahanan bagi melindungi semenanjung Korea juga perlu diwujudkan,” lapor media The Post.
Trump sebelum ini melabelkan China sebagai pemanipulasi matawang dan menyuarakan beberapa pendirian tegas terhadap China.
Trump juga telah melanggar polisi One China apabila berhubung dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen secara langsung.
China menganggap Taiwan sebagai negeri di bawahnya dan AS sebelum ini menghormati dasar itu. Namun, Trump bertindak sebaliknya.
Beijing juga menganggap arahan Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson supaya dibina tembok bagi menyekat China membuat pulau di Laut China Selatan sebagai mahu berperang. – Agensi
- ismaweb
Demikianlah Artikel Perang China-AS bakal jadi realiti
Sekianlah artikel Perang China-AS bakal jadi realiti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Perang China-AS bakal jadi realiti dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/01/perang-china-as-bakal-jadi-realiti.html
0 Response to "Perang China-AS bakal jadi realiti"
Posting Komentar