Judul : [KALAH MENANG ALLAH TENTUKAN BUKAN PAS] Bersatu tetap akan hadapi PRU tanpa PAS
link : [KALAH MENANG ALLAH TENTUKAN BUKAN PAS] Bersatu tetap akan hadapi PRU tanpa PAS
[KALAH MENANG ALLAH TENTUKAN BUKAN PAS] Bersatu tetap akan hadapi PRU tanpa PAS
23 Rabiulakhir 1438H, Ahad – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 tanpa sebarang kerjasama dengan PAS berikutan keengganan parti berkenaan bergabung membentuk hubungan politik.
Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Bersatu bersedia menghadapi pertembungan tiga penjuru di antara bloknya bersama pakatan harapan menentang PAS dan juga Barisan Nasional (BN).
Malah bekas Perdana Menteri itu yakin bahawa Bersatu dan pakatan harapan akan memacu kemenangan menentang BN pada pilihan raya umum yang dijangka pada 2018.
“Kita berpendapat bahawa kebanyakan keadaan sebenarnya kita boleh mengalahkan PAS dan juga BN,” katanya memetik temu bual ekslusif bersama akhbar Sunday Times, Singapura.
PAS sebelum ini berulang kali menegaskan untuk tidak menyertai pakatan harapan, sekiranya berlaku kerjasama dengan Parti Amanah Negara (PAN) dan parti rasis dan cauvinis, DAP.
“Dalam tuntutan mereka (PAS), mereka tidak boleh bekerjasama dengan DAP dan PAN. Ia bukan alasan yang baik kerana mereka sebelum ini pernah bekerjasama dengan DAP,” katanya.
Beliau mengakui pembangkang akan berdepan kesukaran untuk menang tanpa PAS kerana PH – Bersatu hanya mempunyai 76 dari 222 kerusi di Parlimen.
Katanya, selain terus mengekalkan jumlah itu, blok berkenaan juga perlu memenangi 36 kerusi lagi untuk mendapatkan minimum 112 kerusi bagi membentuk kerajaan.
“Parti-parti pembangkang perlu menerima dan membuat beberapa pengorbanan dalam usaha untuk menumbangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya. - ismaweb
Demikianlah Artikel [KALAH MENANG ALLAH TENTUKAN BUKAN PAS] Bersatu tetap akan hadapi PRU tanpa PAS
Sekianlah artikel [KALAH MENANG ALLAH TENTUKAN BUKAN PAS] Bersatu tetap akan hadapi PRU tanpa PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel [KALAH MENANG ALLAH TENTUKAN BUKAN PAS] Bersatu tetap akan hadapi PRU tanpa PAS dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/01/kalah-menang-allah-tentukan-bukan-pas.html
0 Response to "[KALAH MENANG ALLAH TENTUKAN BUKAN PAS] Bersatu tetap akan hadapi PRU tanpa PAS"
Posting Komentar