Judul : Pengakhiran DRAMA Annuar Musa seperti DIJANGKA
link : Pengakhiran DRAMA Annuar Musa seperti DIJANGKA
Pengakhiran DRAMA Annuar Musa seperti DIJANGKA
Ironinya sebelum ini, pada Julai 2016, Tan Sri Annuar sendiri yang mengumumkan Kelantan tidak punyai bajet yang mencukupi dan kekurangan dana sebanyak RM 6 Juta untuk meneruskan kelangsungan dalam Liga Super meskipun ketika itu Kelantan ditaja oleh sebuah syarikat produk kecantikan bumiputera, Qu Puteh.
Setelah tamat saingan Liga musim 2016, Annuar buat keputusan melepaskan jawatan sebagai Presiden KAFA pada 8 November.
Dan kemudian bermula sekali lagi kitaran drama yang pernah seperti tahun-tahun sebelumnya apabila KAFA sekali lagi terpaksa menagih simpati rakyat Malaysia tentang status kewangan mereka yang kian meruncing.
Cuma yang menariknya tahun ini, masalah kewangan KAFA mendapat perhatian sehingga ke Putrajaya sehinggakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa memberi saranan kepada Annuar untuk membantu KAFA dan menggesa agar jangan pasukan The Red Warriors menarik diri daripada saingan Liga Malaysia musim 2017.
Setelah beberapa minggu laporan media, termasuk Nadi Arena melaporkan perihal KAFA yang sekejap tarik diri, sekejap jangan tarik diri, sekejap tak cukup bajet, sekejap kena bincang dengan "saya dahulu", dan pada masa yang sama di laman sosial pula, pasukan Kelantan tetap teruskan latihan seperti biasa dengan turut melancarkan kit latihan yang baru, dengan rekaan seakan jersi kebangsaan England, dan ia juga dibuka untuk dijual kepada umum.
Pada 6 Januari, seperti yang dijangka Kelantan akhirnya mengesahkan penyertaan mereka dalam liga musim ini.
Peminat bola sepak di Malaysia sudah boleh meramalkan jalan cerita " The Red Warriors Saga" sebenarnya. Rata-rata komen netizen di Facebook sudah mengagak bahawa Tan Sri Annuar Musa akan kembali ke pangkuan KAFA sebagai adiwira untuk membantu bekas pasukannya. Jika dipandang positif, Annuar membuktikan yang dia seorang pejuang yang sebenar, bukan hanya sembang kencang menaikkan status di Facebook.
Dan syukurlah, Annuar buat keputusan yang bijak dengan menukarkan kembali jersi Kelantan kepada warna merah.
Dalam banyak yang telah dibincangkan dan diselesaikan, ada satu lagi benda masih dalam dilemma, stadium warna merah jambu tu apa cerita?
- http://ift.tt/2iUqyo0
Demikianlah Artikel Pengakhiran DRAMA Annuar Musa seperti DIJANGKA
Sekianlah artikel Pengakhiran DRAMA Annuar Musa seperti DIJANGKA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengakhiran DRAMA Annuar Musa seperti DIJANGKA dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/01/pengakhiran-drama-annuar-musa-seperti.html
0 Response to "Pengakhiran DRAMA Annuar Musa seperti DIJANGKA"
Posting Komentar