'Mat Tere' ditahan polis isu Video

'Mat Tere' ditahan polis isu Video - Hallo sahabat Berita Wawancara, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Mat Tere' ditahan polis isu Video, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artikel Kabar, Artikel Berita, Artikel Berita Wawan cara, Artikel Fenomena, Artikel Indonesia, Artikel Islam, Artikel Islami, Artikel Muslim, Artikel Politik, Artikel Ragam, Artikel Unik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Mat Tere' ditahan polis isu Video
link : 'Mat Tere' ditahan polis isu Video

Baca juga


'Mat Tere' ditahan polis isu Video


KOTA BHARU - Muhammad Zul Apiz Baharum, 29, atau dikenali 'Mat Tere'  ditangkap kira-kira jam 3 petang hari ini.

Ketua Pemuda Umno Negeri, Mohd Azam Ismail megharapkan pihak berkuasa tidak mengambil tindakan terhadapnya kerana dikategorikan tidak sempurna.

"Kami merayu dia  tidak dikenakan tindakan undang undang  berdasarkan dia dikategorikan sebagai individu kurang sempurna.

"Kami cukup yakin dia dipergunakan dalam isu ini memandangkan sudah beberapa kali dia menjadi viral video sebelum ini," katanya yang juga Ketua Pemuda Umno Ketereh kepada Sinar Harian, di sini, hari ini.

Terdahulu, satu rakaman yang disebarkan Mat Tere mengeluarkan kata-kata kesat terhadap  Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Difahamkan Mat Tere dikatakan ditangkap di bandar Kota Bharu yang ketika itu bersama rakan-rakannya.

Dalam masa yang sama sekumpulan warga Ketereh berkumpul berdekatan Ibu Pejabat Daerah Kota Bharu.

Dalam pada itu sepupunya, Yusrizam Ahmad, 42,yang tinggal di Kampung Dendang, Ketereh yakin Mat Tere diperalatkan.

"Ini adalah kes aniaya  dan saya harap Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat siapa dalang yang membuat video berkenaan.

"Dia adalah anak yatim yang mana ibunya sudah meninggal dunia dan kini tinggal bersama bapa saudara kami," katanya.

Dia juga berharap polis menyiasat pihak yang bertanggungjawab kepada individu yang menpergunakan Mat Tere.

"Kami sekeluarga memohon jasa baik pihak istana Johor memaafkan apa yang berlaku atas kesalahannya kerana dia insan istimewa," katanya selepas  membuat  laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu kira-kira jam 10.15 malam hari ini. - SH


Demikianlah Artikel 'Mat Tere' ditahan polis isu Video

Sekianlah artikel 'Mat Tere' ditahan polis isu Video kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Mat Tere' ditahan polis isu Video dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/mat-tere-ditahan-polis-isu-video.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "'Mat Tere' ditahan polis isu Video"

Posting Komentar