Judul : Polis tumpas sindiket PENIPUAN PELABURAN melibatkan RM55Juta
link : Polis tumpas sindiket PENIPUAN PELABURAN melibatkan RM55Juta
Polis tumpas sindiket PENIPUAN PELABURAN melibatkan RM55Juta
SHAH ALAM 11 Feb. - Polis berjaya mematahkan satu sindiket penipuan pelaburan melibatkan kerugian bernilai lebih RM55 juta dengan tertangkapnya empat suspek termasuk dalang yang bergelar datuk dalam tiga serbuan di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang awal minggu ini.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor, Superintenden Mazelan Paijan berkata, suspek yang ditahan terdiri daripada sepasang suami isteri serta dua orang lelaki termasuk yang bergelar datuk berumur antara 29 hingga 47 tahun.
Menurutnya, pasangan suami isteri itu ditahan di Bukit Jelutong pada Isnin manakala dua lagi suspek masing-masing ditahan di Puchong dan Kajang pada Rabu serta Khamis.
“Sindiket ini terbongkar selepas seorang wanita yang juga pelabur dalam skim itu yang mewakili 40 pelabur lain membuat laporan polis pada September lalu.
“Sindiket ini memperdayakan mangsa dengan menawarkan peluang pelaburan dalam tender pakaian seragam celoreng yang kononnya diperolehi oleh syarikat suspek daripada Kementerian Pertahanan,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
Demikianlah Artikel Polis tumpas sindiket PENIPUAN PELABURAN melibatkan RM55Juta
Sekianlah artikel Polis tumpas sindiket PENIPUAN PELABURAN melibatkan RM55Juta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Polis tumpas sindiket PENIPUAN PELABURAN melibatkan RM55Juta dengan alamat link https://beritawawancara.blogspot.com/2017/02/polis-tumpas-sindiket-penipuan.html
0 Response to "Polis tumpas sindiket PENIPUAN PELABURAN melibatkan RM55Juta"
Posting Komentar